5 Telefon Gaming Terbaik Yang Anda Boleh Dapatkan Buat Masa Ini

Sekarang ini, gaming di telefon pintar sudah menjadi trend. Ditambah pula dengan pelbagai game dari komputer yang dibawa masuk untuk platform mudah alih seperti Apex Legends dan Call of Duty telah menjadikan telefon gaming semakin menjadi pilihan pembeli.

Telefon gaming mempunyai ciri-ciri menarik seperti butang tambahan atau trigger button yang mampu memberikan pengalaman yang lebih memuaskan di samping disertakan dengan spesifikasi yang tinggi.

Dalam artikel kali ini, kami ingin menyenaraikan telefon gaming terkini yang anda boleh dapatkan.

ASUS ROG Phone 5s




Saban tahun, ROG Phone akan menjadi perhatian dengan ciri-ciri baharu yang akan dibawanya. Tidak terkecuali dengan ASUS ROG Phone 5 yang dilancarkan pada bulan Mac tahun 2021. Tetapi yang ingin diceritakan adalah tentang model paling baharu dari ROG iaitu ROG Phone 5s. Apa beza dengan model sebelumnya? Mari kita lihat spesfikasinya:

  • Cipset: Snapdragon 888+ 5G

  • Skrin: 6.78 inci AMOLED HDR10+, 144Hz kadar segar semula

  • Kamera: 64MP utama, 13MP ultra lebar, 5MP makro, 24MP swafoto

  • Bateri: 6,000mAh dengan pengecasan pantas 65W

  • Storan: 8GB+ 128GB, 16GB+ 256GB, 18+512GB


ROG Phone 5s ini juga mempunyai banyak aksesori seperti kipas penyejuk, alat kawalan gaming dan banyak lagi yang boleh memberikan pengalaman gaming yang lebih menarik.

Black Shark 4s Pro




Di Malaysia, Black Shark menjadi pesaing paling dekat dengan ASUS ROG Phone kerana kedua-dua model ini rasmi di Malaysia. Selain itu, Black Shark juga terkenal kerana mampu menawarkan harga yang lebih rendah tanpa mengurangkan ciri-ciri gaming pada peranti mereka.

Walaupun siri Black Shark 4 rasmi di Malaysia, malangnya siri Black Shark 4s tidak dibawa masuk. Serupa dengan ROG Phone 5s, Black Shark 4s Pro juga menggunakan cipset lebih berkuasa iaitu Snapdragon 888+. Spesifikasi lainnya seperti berikut:

  • Cipset: Snapdragon 888+ 5G

  • Skrin: 6.67 inci Super AMOLED HDR10+, 144Hz kadar segar semula

  • Kamera: 64MP utama, 8MP ultra lebar, 5MP makro, 20MP swafoto

  • Bateri: 4,500mAh dengan pengecasan pantas 120W

  • Storan: 8GB+256GB, 12GB+ 256GB, 16GB+512GB


Apa yang menarik pada siri Black Shark 4s ini adalah ia mempunyai butang tambahan fizikal yang memberi pengalaman bermain permainan First-Person Shooter (FPS). Dengan pengecasan 120W, peranti ini boleh dicas penuh hanya dalam masa 15 minit sahaja membolehkan anda gaming sepanjang hari tanpa risau kehabisan bateri.

ZTE Nubia Red Magic 7 Pro




Model ini tidak begitu dikenali di Malaysia kerana ia tidak dilancarkan secara rasmi di sini. Juga tidak dinafikan mungkin ada juga segelintir rakyat Malaysia yang mengimport masuk peranti ini kerana gemar dengan rekaan dan fungsi yang terdapat pada peranti ini. Spesifikasinya bagaimana pula?

  • Cipset: Snapdragon 8 Gen 1 5G

  • Skrin: 6.8 inci AMOLED, 120Hz kadar segar semula

  • Kamera: 64MP utama, 8MP ultra lebar, 2MP makro, 16MP swafoto

  • Bateri: 5,000mAh dengan pengecasan pantas 120W

  • Storan: 8GB+128GB, 12GB+128GB, 12GB+256GB, 16GB+256GB, 16+512GB, 16GB+1TB


Red Magic 7 Pro ini merupakan peranti yang baru sahaja dilancarkan pada bulan Februari yang lalu. Disebabkan itu, ia didatangkan dengan cip pemprosesan terbaharu iaitu Snapdragon 8 Gen 1.

Jika pada telefon gaming lain, ia akan didatangkan dengan sistem penyejuk dan mempunyai aksesori tambahan kipas. Pada Red Magic 7 Pro ini ia lebih unik kerana kipas penyejuk terbina dalam peranti itu sendiri.

Lenovo Legion Phone Duel 2




Rekaan yang terdapat pada Legion Phone Duel 2 ini tidak seperti yang anda akan dapati pada peranti lain. Ini kerana kamera, logo dan juga kipas penyejuk semuanya berada pada tengah-tengah peranti ini. Kita lihat dahulu spesifikasinya:

  • Cipset: Snapdragon 888 5G

  • Skrin: 6.92 inci AMOLED HDR10+, 144Hz kadar segar semula

  • Kamera: 64MP utama, 8MP ultra lebar, 2MP makro, 16MP swafoto

  • Bateri: 5,500mAh dengan pengecasan pantas 65W (1 wayar) 90W (2 wayar)

  • Storan: 12GB+256GB, 16+512GB


Berbalik semula pada rekaan, Lenovo membawakan rekaan sebegini untuk memberikan genggaman yang selesa ketika dipengang. Ini supaya pengguna tidak merasa panas ketika menggunakan peranti ini kerana cip pemprosesannya berada di tengah.

Bukan itu sahaja, peranti ini juga mempunyai kipas penyejukan terbina yang juga berada pada bahagian tengah peranti ini. Ia membolehkan haba disedut keluar tanpa memberi gangguan pada tangan.

Xiaomi Redmi K50 Gaming




Sebuah lagi peranti yang juga baru dilancarkan pada tahun ini iaitu Redmi K50 Gaming. Sebagai sebuah peranti gaming bajet, ia mampu memberikan spesifikasi tinggi dengan menawarkan harga yang berpatutan.

  • Cipset: Snapdragon 8 Gen 1 5G

  • Skrin: 6.67 inci OLED HDR10+, 120Hz kadar segar semula

  • Kamera: 64MP utama, 8MP ultra lebar, 2MP makro, 20MP swafoto

  • Bateri: 4,700mAh dengan pengecasan pantas 120W

  • Storan: 8GB+128GB, 12GB+128GB, 12GB+256GB


Redmi K50 ini juga mempunyai butang trigger fizikal seperti yang terdapat pada siri Black Shark 4. Ia juga dihadirkan dengan sistem penyejukan dual vapor chambor untuk mengoptimumkan suhu peranti ini.

Model ini juga mempunyai edisi khas dengan kolaborasi bersama Mercedes dengan rekaan yang lebih menarik. Buat masa ini, siri Redmi K50 ini hanya dijual di pasaran China. Namun ia mungkin akan dibawa masuk ke Malaysia dengan membawa nama sebagai POCO F4.

Harga


Kami sudah huraikan sedikit sebanyak mengenai spesifikasi, fungsi dan ciri menarik yang terdapat pada telefon gaming ini. Bagaimana pula dengan harga? Jika anda berminat untuk membeli mana-mana peranti di atas, anda boleh klik pautan di bawah untuk beli peranti ini dari Shopee.

  • ASUS ROG Phone 5s - RM2499

  • Black Shark 4s Pro - RM2938

  • ZTE Nubia Red Magic 7 Pro - RM4205

  • Lenovo Legion Phone Duel 2 - RM2999

  • Xiaomi Redmi K50 Gaming - RM2358


Sekadar peringatan, daripada pautan ini terdapat beberapa peranti yang perlu diimport daripada pasaran China dan dipra-tempah terlebih dahulu. Jadi itulah senarai telefon gaming yang terkini anda boleh dapatkan.

Baca juga:

Berkaitan