Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
jalan malaysia kuala lumpur

Kenderaan Yang Masuk KL Mungkin Dikenakan ‘Caj Kesesakan’ Apabila MRT3 Siap

Diterbitkan Mac 15, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Dalam persidangan Dewan Rakyat Hari ini, Menteri Pengangkutan berkata kerajaan sedia mempertimbangkan untuk mengenakan caj pada kenderaan yang memasuki Kuala Lumpur setelah MRT3 siap 2030 kelak.

Bayaran yang dikenali sebagai caj kesesakan, “vehicle congestion charge” atau “environmental fee” ini telah dilaksanakan di beberapa bandar di negara luar seperti London.

Menjawab soalan diaju Fahmi Fadzil, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata apabila sistem jaringan pengangkutan awam yang lengkap telah dibina, ia adalah waktu yang tepat untuk mempertimbang pelaksanaan caj ini.

“Bukan sahaja dari kenderaan masuk tapi dari segi pengawalan alam sekitar, environmal fee yang biasanya dilakukan di kota-kota besar di dunia,” tambah beliau dalam Parlimen sesi pagi tadi.

Terang beliau lagi, selepas projek MRT3 siap kelak, kerajaan turut akan melihat semula struktur bayaran meletak kereta di dalam bandar.

Projek MRT3 telah diluluskan Kabinet pada 4 Mac lalu dan fasa pertamanya akan siap untuk digunakan orang awam seawal Disember 2028.

Sumber: Parlimen Malaysia

Baca juga:

  • Cara Mengelak Melalui Jalan Lebuhraya Pada Google Maps
  • Ini Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Pasang Touch ‘n Go RFID Pada Kereta
  • Sering Dimasukkan Ke ‘Group’ Aneh Dan ‘Scam’ Di Telegram? Ikuti Langkah Ini Untuk Kekal Selamat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY