3 Model Yang Mungkin Akan Diumumkan Samsung Pada Acara 17 Mac Ini

Samsung telah mengesahkan bahawa mereka akan mengadakan acara Samsung Galaxy A Event pada 17 Mac 2022 ini. Sebelum ini, Samsung telah melancarkan peranti utama mereka yakni siri S22 dan Galaxy Tab S8, acara kali ini mungkin akan mengumumkan peranti terbaru Samsung dalam kelas pertengahan.

Buat peminat Samsung, peranti yang dijangka itu berkemungkinan besar ialah A53, A73 dan A33. Model-model tersebut akan menjadi pengganti terbaru kepada siri sebelumnya dengan cip pemprosesan yang lebih pantas dan bentuk yang sedikit berbeza.

Samsung Galaxy A53


Kapsyen: Kredit to Pocket-lint


A53 merupakan seteru bagi peranti iPhone SE daripada Samsung dan peranti ini telah mula di jual dalam beberapa buah negara tetapi kami tidak pasti jika Malaysia sudah mempunyai peranti ini. Pada tahun lepas 2021, abang kepada peranti ini iaitu Galaxy A52 telah di lancarkan pada tarikh yang sama 17, jadi ia agak ganjil dan pelik sekiranya Samsung tidak melancarkan peranti ini nanti.

Galaxy A53 mungkin akan dikuasai dengan cip pemprosesan daripada Samsung sendiri yakni Exynos 1200 dan akan mempunyai skrin berukuran 6.52 inci. Selain itu, ia mempunyai storan sebesar 128GB dan memori sebanyak 8GB. A53 akan menyokong 5G dalam peranti itu dan bateri yang agak besar bersaiz 4,500mAh. Ia juga akan di padankan dengan kamera 4 lensa yang terdiri daripada sensor utama 64MP, 12 MP ultra lebar, 5 MP sensor kedalaman dan 5MP penembak makro.

Jangkaan harga akan berada sekitar RM1,700 ( berdasarkan tukaran matawang Ringgit Malaysia, harga sebenar mungkin akan berbeza daripada harga yang dinyatakan)

Samsung Galaxy A73


Kapsyen: Kredit - Sammy Fans


Peranti seterusnya yang mungkin akan membuat kemunculan ialah Galaxy A73 kerana berita persediaan Samsung akan peranti ini telah pun 'bocor' pada minggu lepas. Peranti ini mungkin akan mempunyai bentuk yang lebih menarik berbanding rekaan yang sebelumnya sepertiĀ bezel yang nipis dan nisbah skrin-ke-badan yang tinggi.

Spesifikasi peranti ini dijangka terdiri daripada cip pemprosesan Snapdragon 778G dan akan didatangkan bersama sistem operasi Android 12. Galaxy A73 akan menggunakan skrin jenis AMOLED dengan resolusi FHD+. Selain itu, ia menyokong kamera 4 lensa dengan sensor utama 64MP,12MP ultra lebar, 5MP makro dan 5MP sensor kedalaman, dan kamera hadapan 32MP.

Jangkaan harga akan berada sekitar RM2,300 ( berdasarkan tukaran matawang Ringgit Malaysia, harga sebenar mungkin akan berbeza daripada harga yang dinyatakan)

Samsung Galaxy A33


Kapsyen: Kredit - GSMArena


Peranti terakhir dalam trio ini ialah Samsung Galaxy A33 tetapi kami tidak beberapa pasti akan peranti ini akan diumumkan dalam Acara Galaxy A Samsung itu nanti. Walaupun begitu, abangnya A32 di lancarkan oleh Samsung pada Januari 2021 jadi jika Samsung ingin melancar atau mengumumkan peranti ini, acara pada 17 Mac ini merupakan masa yang terbaik.

Samsung Galaxy A33 diramalkan bakal dikuasai dengan cip pemprosesan Exynos 1200 daripada Samsung sendiri. Selain itu, ia mungkin akan mempunyai skrin OLED berukuran 6.4 inci dengan kadar segar semula 90Hz dan RAM sekurang-kurangnya sebesar 6GB dan 128GB storan. Peranti ini juga dijangka akan didatangkan dengan bateri sebesar 5,000mAh dan 4 lensa.

Sayang sekali, kami tidak dapat sebarang maklumat tentang harga A33 di pasaran luar tetapi berdasarkan spesifikasi yang tersedia, kami berpendapat ia akan di jual pada tanda harga sekitar RM1,500.

Sumber: James Rogerson, TechRadar, GSMArena

Baca juga: