Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pendapatan Iklan Melalui TV Tradisional Dijangka Merosot – Kajian

Pendapatan Iklan Melalui TV Tradisional Dijangka Merosot – Kajian

Diterbitkan April 2, 2026 · Dikemas kini April 2, 2026 oleh ariff bukhari

Menjelang tahun 2030, industri video global dijangka mencatat pendapatan melebihi USD1 trilion, meningkat daripada USD775 bilion pada 2025.

Menurut laporan Omdia, pertumbuhan ini dipacu oleh pengiklanan video dalam talian, khususnya di platform sosial seperti Meta, TikTok dan YouTube.

Bahagian pengiklanan dijangka melonjak daripada 40% kepada 53% keseluruhan pendapatan, dengan nilai sekitar USD540 bilion.

Segmen langganan dan transaksi video hanya berkembang sederhana, daripada USD174 bilion kepada USD216 bilion, sekali gus menunjukkan bahwa pasaran langganan semakin matang.

Pendapatan Iklan Melalui TV Tradisional Dijangka Merosot – Kajian

Sebaliknya, bagi televisyen tradisional, pendapatan iklan dijangka merosot daripada USD123 bilion kepada USD113 bilion, manakala TV berbayar turun daripada USD169 bilion kepada USD159 bilion.

“…model tradisional seperti TV linear dan TV berbayar berada dalam kemerosotan struktur.” Maria Rua Aguete, Ketua Media & Hiburan di Omdia.

Fenomena cord-cutting dan migrasi pengguna ke platform digital menjadi antara punca utama kepada mempercepatkan penurunan pendapatan iklan di platform TV tradisional ini.

Kesimpulannya, kuasa industri hiburan semakin beralih kepada platform digital, dengan pengiklanan sosial menjadi pemacu utama transformasi media global.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Google Perkenal Iklan YouTube 30 Saat Tidak Boleh 'Skip' Untuk TV
  • Lebih Separuh Di Eropah Mengaku ‘Terintai’ Skrin Telefon Orang Lain

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY