Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
02-AI Untuk Rakyat_ILMUchat Pro

AI Untuk Rakyat: Belia 18-30 Tahun Boleh Tebus ILMUchat Pro Percuma 3 Bulan

Diterbitkan September 1, 2026 ยท Dikemas kini September 1, 2026 oleh Amalina Athman

Rakyat Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun kini boleh mendapatkan akses ILMUchat Pro secara percuma selama tiga bulan menerusi inisiatif nasional AI Untuk Rakyat.

Tawaran ini terbuka kepada pengguna yang melengkapkan latihan AI yang ditetapkan di Rakyat Digital, iaitu platform latihan digital kebangsaan. Selepas melengkapkan latihan tersebut, peserta boleh memilih aplikasi AI yang ditawarkan, termasuk ILMUchat.

Bagi peserta yang memilih ILMUchat, mereka akan menerima ILMUchat Pro yang biasanya berharga RM50 sebulan, dengan akses penggunaan tanpa had selama tiga bulan. Pengaktifan tawaran ini pula memerlukan pengesahan kelayakan melalui MyDigital ID.

Inisiatif ini diumumkan pada Julai lalu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena pelancaran AI Malaysia, bersama Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2026-2030. Program AI Untuk Rakyat menyasarkan penyertaan 100,000 rakyat Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun.

ILMUchat dibangunkan sebagai pembantu AI yang mengambil kira cara rakyat Malaysia berkomunikasi dan bekerja. Ia menyokong penggunaan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan ‘Manglish’, termasuk peralihan antara bahasa tersebut.

Menurut YTL AI Labs, ILMUchat boleh digunakan untuk pelbagai tugasan termasuk merangka e-mel dan surat, mencari perkhidmatan atau perniagaan tempatan, menghasilkan poster dan grafik, menyediakan slaid pembentangan serta membina prototaip aplikasi tanpa perlu menulis kod.

03-AI Untuk Rakyat_ILMUChat Pro_Step by step

Untuk menebus tawaran ini, peserta berumur 18 hingga 30 tahun perlu log masuk ke Rakyat Digital, melengkapkan kesemua modul yang ditetapkan dalam program AI Untuk Rakyat dan memilih ILMUchat Pro pada “Dashboard” pengguna. Peserta kemudian akan diarahkan ke halaman log masuk ILMUchat untuk mengaktifkan akses percuma menggunakan MyDigital ID.

AI Untuk Rakyat: Belia 18-30 Tahun Boleh Tebus ILMUchat Pro Percuma 3 Bulan

Sebagai rujukan, ILMUchat Pro bukan satu-satunya pilihan yang tersedia di bawah program ini. Peserta yang layak juga boleh memilih Gemini Enterprise, MuleRun atau WonderClip sebagai aplikasi AI percuma yang ditawarkan.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Kerajaan Tawar Akses, Langganan AI Percuma Tiga Bulan Kepada Belia - PM Anwar
  • MyGOV Malaysia Mula Uji Agentic AI, Bakal Mudahkan Urusan Kerajaan
  • Portal Rakyat Digital Versi Baharu Dilancarkan - Jadi Hab Pembelajaran Digital, Termasuk Akses AI Percuma Untuk 100,000 Belia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY