Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AI can steal password_

Penyelidik Dedah AI Boleh Curi Kata Laluan Melalui Bunyi Papan Kekunci

Diterbitkan Ogos 9, 2023 ยท Dikemas kini Ogos 9, 2023 oleh Amalina Athman

Penyelidik UK kini menemui kaedah penggodaman baharu, yang membolehkan kecerdasan buatan (AI) meneka kata laluan dengan ketepatan lebih 90%, dengan mendengar apa yang ditaip pada papan kekunci.

Berkaitan

  • Penyelidik Dakwa Ini Punca Sebenar Kuasa Bateri Telefon Pintar Habis Perlahan-Lahan
  • Malaysia Antara Negara Asia Tenggara Paling Banyak Berdepan Serangan 'Phishing' - Kaspersky
  • Saintis Jepun Dedah Warna Baju Yang Paling Banyak Serap Haba

Walaupun pengguna menyembunyikan skrin atau papan kekunci apabila menaip kata laluan, AI boleh merekodkan apa sahaja yang ditaip dengan mengesan corak unik yang digunakan ketika menekan papan kekunci, termasuk bunyi, intensiti dan masa untuk setiap kekunci yang ditaip.

Menurut kajian itu, AI yang dilatih dengan ketukan kekunci yang dirakam oleh telefon berdekatan boleh mencapai ketepatan 95%. Sementara ketukan kekunci yang dirakam ketika panggilan Zoom mempunyai ketepatan 93%.

Setiap papan kekunci berbeza

Walaupun begitu, penyelidik menyatakan sistem AI tidak berfungsi dengan cara yang sama bagi setiap papan kekunci.

Untuk menjadikan AI ini berfungsi, ianya perlu dilatih secara berasingan bagi setiap papan kekunci sama ada melalui mikrofon atau telefon yang terjejas dengan perisian hasad, serta menyediakan maklumat tambahan untuk memahami aksara yang sepadan dengan setiap ketukan kekunci.

Namun, memandangkan model bahasa seperti ChatGPT dapat meramalkan aksara untuk melengkapkan perkataan, penyelidik mengatakan kata laluan yang mengandungi perkataan penuh mungkin lebih berisiko.

Langkah keselamatan

Sebagai langkah keselamatan, penyelidik menyarankan pengguna untuk menukar corak menaip, atau menggunakan perisian yang boleh memainkan bunyi bising di latar belakang bagi menyamarkan bunyi ketukan kekunci.

Antara lainnya, pengguna juga boleh menggunakan kata laluan biometrik seperti cap jari atau imbasan muka bagi mengurangkan risiko serangan siber sedemikian.

Sumber: Independent UK

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
©2026 WISER.MY