Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
APK scam_

Disangka Kad Kahwin Digital, Rupanya Fail APK Untuk ‘Pancing’ Data Pengguna

Diterbitkan Jun 19, 2023 · Dikemas kini Jun 22, 2023 oleh Amalina Athman

Sejak semalam, tular di media sosial mengenai taktik terbaharu yang digunakan oleh scammer. 

Menerusi aplikasi pemesejan WhatsApp, individu yang tidak dikenali akan menghantar jemputan perkahwinan, dengan meminta penerima untuk memuat turun dan memasang fail Android Package Kit (APK) bagi membuka dan mengetahui nama pengirim kad jemputan berkenaan.

jemputan kenduri apk
Sumber: Twitter @IniAlalalannn

Pengguna, terutamanya mereka yang kurang arif mengenainya, mungkin akan menyangka ia sememangnya jemputan perkahwinan dan memuat turun fail berkenaan. Walhal, ia sebenarnya adalah fail palsu untuk mendapatkan data pengguna.

Modus operandi yang digunakan hampir sama seperti sebelum ini, dengan meminta pengguna memasang fail .apk. Namun, perbezaannya apabila ia menggunakan jemputan perkahwinan sebagai cara untuk “memancing” pengguna.

Berkaitan

  • Hati-Hati, Ini Antara Modus Operandi Yang Digunakan Oleh 'Scammer'
  • Elak 'Scam', MCMC Arah Telco Larang Pautan URL Dalam SMS - Teo
  • Kerajaan Akan Pinda Akta, Bolehkan Wang Mangsa Scam Dipulangkan Lebih Awal

Bahaya muat turun aplikasi tidak sah

Sejak beberapa tahun ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil pelbagai langkah bagi mendedahkan lebih banyak maklumat kepada orang awam mengenai modus operandi yang digunakan oleh scammer. Antaranya termasuk muat turun dan memasang fail APK.

scam apk_

Dengan memuat turun dan memasang aplikasi tidak sah yang bukan daripada gedung aplikasi rasmi, ia membolehkan pembangun aplikasi berkenaan mendapat akses kepada peranti penerima, terutamanya apabila memberikan kebenaran atau “Allow” kepada semua akses.

Penipu dalam talian mungkin akan memperoleh akses kepada nama pengguna, kata laluan dan SMS TAC pengguna.

Tindakan

Lanjutan itu, pengguna dinasihatkan untuk tidak klik pada mana-mana pautan atau memasang fail APK dari sumber yang tidak sah atau mencurigakan.

Jika mendapati aktiviti mencurigakan pada akaun bank atau ingin membuat laporan mengenai penipuan dalam talian, hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 untuk tindakan segera.

Sumber: Twitter

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY