Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC_new logo 2023

MCMC Teliti Teknologi Baharu Untuk Tambah Baik Perkhidmatan Internet

Diterbitkan Mac 25, 2024 ยท Dikemas kini Mac 25, 2024 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meniliti sekurang-kurangnya tiga teknologi baharu untuk menambah baik perkhidmatan internet di seluruh negara dan ia dijangka dilaksanakan pada 2025.

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023
  • Pelaksanaan Rangkaian 5G Kedua Mungkin Ditangguh Sementara

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata teknologi baharu itu antaranya dikenali sebagai ‘direct to device’ atau terus ke peranti.

Tambahnya, MCMC juga sedang meneliti penggunaan satelit jenis ‘low earth orbit’ (LEO) atau orbit rendah bumi seperti Starlink untuk menyediakan ‘backhaul‘ kepada menara-menara di beberapa lokasi di seluruh negara.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata teknologi baru lain adalah penggunaan jalur lebar tetap bagi membantu ‘backhaul’ menara yang mungkin sedikit jauh daripada kawasan gentian optik.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan sebanyak 2,393 menara baharu daripada 3,884 yang dirancang telah siap dan beroperasi setakat 31 Januari lalu.

Sementara itu, sebanyak 39,983 daripada 40,214 stesen pemancar sudah siap dinaik taraf, dengan 3.32 juta premis telah tersedia dengan rangkaian gentian optik daripada 4.19 juta yang dirancang.

Kesemua inisiatif yang dirancang dijangka siap dan akan beroperasi secara berperingkat pada penghujung tahun 2025.

Sumber: AWANI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY