Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rekaan S-Pen Untuk Samsung Galaxy S21 Ultra Tertiris, Mungkin Ditawarkan Sebagai Aksesori Tambahan

Rekaan S-Pen Untuk Samsung Galaxy S21 Ultra Tertiris, Mungkin Ditawarkan Sebagai Aksesori Tambahan

Diterbitkan Januari 4, 2021 ยท Dikemas kini Januari 4, 2021 oleh Amalina Athman

Seperti yang diketahui, Samsung buat pertama kalinya menawarkan S-Pen untuk peranti dalam siri Galaxy S. Terbaru, laporan dari WinFuture kini telah memperlihatkan rekaan S-Pen yang akan dimuatkan pada Galaxy S21 Ultra.

stylus S21 Ultra

Stylus pada S21 Ultra memperlihatkan rekaan yang berbeza dari Galaxy Note. Ia kelihatan hampir sama seperti yang dimuatkan pada Galaxy Tab S7 dan S7+. Dari segi fungsi, kemungkinan adalah sama seperti yang digunakan pada siri Galaxy Note 20.

Berbanding Galaxy Note, stylus yang akan dimuatkan pada Galaxy S21 Ultra dikatakan adalah aksesori produk dan bukannya sebahagian daripada peranti. Dalam erti kata lain, pengguna mempunyai pilihan untuk membeli S-Pen pada harga yang dianggarkan di bawah 40 euro (~RM196).

Rekaan S-Pen Untuk Samsung Galaxy S21 Ultra Tertiris, Mungkin Ditawarkan Sebagai Aksesori Tambahan

Sebagai tambahan, Samsung akan menawarkan sekurang-kurangnya sarung pelindung plastik dan flip cover dengan ruang simpanan tambahan untuk stylus.

Dalam pada itu, Samsung awal pagi ini telah mengesahkan acara pelancaran siri Galaxy S21 akan berlangsung pada 14 Januari 2021.

Sumber: WinFuture

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
©2026 WISER.MY