Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple iphone 14

Apple Dilapor Bimbang Dengan Jualan iPhone 14 Plus, Mahu Nilai Semula Barisan iPhone 15

Diterbitkan Disember 29, 2022 oleh Amalina Athman

Apple kini dilaporkan bimbang dengan prestasi jualan iPhone 14 Plus. Berikutan itu, gergasi teknologi yang berpusat di Cupertino, California sedang mempertimbangkan cara untuk menyusun semula barisan iPhone untuk tahun depan.

Berkaitan

  • Kuo: iPhone 15 Pro Dan iPhone 15 Pro Max Mungkin Hadir Dengan Segmen Berbeza
  • Kuo: Populariti iPhone 14 Pro Max Mungkin Dorong Apple Hasilkan Lebih Banyak Perbezaan Antara iPhone 15 Pro dan Pro Max
  • Kuo: Hanya Model iPhone 15 Pro Dijangka Menyokong USB-C Berkelajuan Tinggi
  • Ura-Ura Awal Kata iPhone 15 Hadir Dengan Sisi Seperti iPhone 5C Tapi Dengan Bahan Tahan Lasak

Seperti sedia maklum, iPhone 14 Plus merupakan penambahan baharu dalam barisan iPhone, bagi menggantikan iPhone mini 5.4-inci. Model ini menampilkan reka bentuk, kamera dan prestasi yang sama seperti iPhone 14 6.1-inci, tetapi mempunyai paparan dan bateri yang lebih besar.

Bagaimanapun, sejak diperkenalkan pada September lalu, iPhone 14 Plus kurang mendapat tempat di hati pengguna. Sebaliknya, versi Pro lebih menjadi pilihan kebanyakan pengguna.

Memetik sumber, Apple sedang memikirkan langkah untuk menilai semula cara pengendalian iPhone Pro dan bukan Pro untuk iPhone 15 kelak.

Terdapat dua kemungkinan strategi yang akan dipertimbangkan oleh Apple, termasuk menjarakkan lagi perbezaan penawaran antara iPhone Pro dan bukan Pro, yang sebelum ini dikhabarkan oleh penganalisis Ming-Chi Kuo. Selain itu, Apple mungkin akan mempertimbangkan untuk mengurangkan harga bagi model Plus.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Apple telah beberapa kali menukar dan menilai semula barisan ‌iPhone‌. Bermula dengan ‌iPhone‌ 6 dan ‌iPhone‌ 6 Plus, Apple mula menawarkan iPhone bersaiz kecil dan besar sebelum dipecahkan kepada empat model, dua model standard dan dua model mewah, dengan bahan, warna dan ciri kamera yang berbeza.

Berbalik kepada iPhone 15, masih terlalu awal untuk mengetahui strategi yang akan digunakan oleh Apple. Sudah tentu, lebih banyak khabar mengenainya akan dilaporkan dari semasa ke semasa.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY