Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
laman web kerajaan selamat

Sistem Pertahanan Negara Dan Laman Web Kerajaan Dalam Keadaan Selamat – Ismail Sabri

Diterbitkan Februari 1, 2021 · Dikemas kini Februari 1, 2021 oleh Amalina Athman

Semalam, Anonymous Malaysia menerusi muat naik di Facebok mendakwa serangan siber telah bermula di mana kumpulan penggodam yang dinamakan sebagai Cyberpunk Team telah menggodam lima laman web milik kerajaan.

Antaranya termasuk laman web milik kerajaan Negeri Sabah, Majlis Perbandaran Selayang, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, CIDB dan Kerajaan Negeri Perak. Melalui imej pada laman web berkenaan, ia turut memberi peringatan supaya pentadbir laman web untuk membuat semakan dan tampalan keselamatan bagi kerentanan yang terdapat pada semua laman web berkenaan.

Terkini, Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan sistem pertahanan negara dan laman web milik kerajaan disahkan berada dalam keadaan selamat, setakat ini.

Setakat ini sistem pertahanan negara dan laman web kerajaan disahkan berada dalam keadaan selamat – Ismail Sabri pic.twitter.com/1Q5Lq6IdJ8

— BERNAMA (@bernamadotcom) February 1, 2021

Terdahalu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang menyatakan notis amaran telah dikeluarkan kepada semua agensi kerajaan agar mengambil langkah-langkah perlu untuk mencegah dan meminimumkan impak ancaman Anonymous Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY