Hotlink Prepaid Kini Menawarkan Pek Prabayar Internet Dan Panggilan Tanpa Had

Selaras dengan keperluan pengguna yang mahukan lebih banyak internet, Hotlink buat pertama kalinya telah melancarkan pek prabayar baru, Hotlink Prepaid Unlimited.



Pek prabayar ini menawarkan internet dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian. Antara pas internet tanpa had yang ditawarkan adalah RM35/bulan bagi kelajuan 3Mbps dan RM45/bulan bagi kelajuan 6Mbps. Turut ditawarkan adalah pas mingguan RM12 dan harian RM3.

Selain itu, terdapat pelbagai faedah lain yang ditawarkan melalui Hotlink Prepaid Unlimited termasuk Maxis TV, pulangan tunai di aplikasi Google Play dan App Store.



Selain pelancaran Hotlink Prepaid Unlimited yang baru, pek SUPERRR Hotlink sedia ada juga akan diperbaharui kepada Hotlink Prepaid Video. Melalui pek ini, pengguna akan menerima 10GB internet video pantas untuk setiap bulan pada aplikasi video terpilih. Dengan pembelian pas MI, 2 kali internet percuma untuk video akan diberikan.

Pembelian pek permulaan Hotlink Prepaid Unlimited dan Hotlink Prepaid Video boleh dilakukan melalui Maxis Store dan Hotlink dealer. Pek prabayar ini juga boleh didapati daripada mana-mana 7 Eleven, myNews dan 99 Speedmart. Untuk maklumat lanjut mengenai pek prabayar ini, layari hotlink.com.my/hp-unlimited-ms.