Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google AI mode

Google Tambah Ciri Baharu AI Mode Dalam Search

Diterbitkan Julai 30, 2025 · Dikemas kini Julai 30, 2025 oleh Amalina Athman

Selepas memperkenalkan Gemini 2.5 Pro, Google kini menambah baik AI Mode dengan beberapa ciri baharu.

Selain teks, AI Mode kini membolehkan pengguna memuat naik imej di pelayar desktop, satu ciri yang sebelum ini hanya tersedia di peranti mudah alih. Tidak lama lagi, sokongan untuk fail PDF juga akan ditambah, membolehkan pengguna bertanya soalan terperinci berdasarkan kandungan dokumen dan menggunakan konteks tersebut dalam carian.

Google Tambah Ciri Baharu AI Mode Dalam Search

Fail yang dimuat naik akan dianalisis dan dipadankan dengan maklumat berkaitan dari web, sebelum AI memberikan jawapan lengkap bersama pautan penting untuk rujukan lanjut.

Dalam beberapa bulan akan datang, AI Mode akan menyokong lebih banyak jenis fail selain PDF dan imej, termasuk fail daripada Google Drive.

Sama seperti aplikasi Gemini, AI Mode kini hadir dengan ciri Canvas yang membolehkan pengguna membina pelan dan menyusun maklumat merentasi beberapa sesi dalam satu panel sisi dinamik yang akan dikemas kini secara langsung sepanjang penggunaan.

Google Tambah Ciri Baharu AI Mode Dalam Search

Google juga memperkenalkan Search Live dengan input video. Ciri ini boleh diakses melalui Google Lens yang kini mempunyai tab “Live” bersama pilihan “Search” dan “Translate”.

Search Live dengan video mula dilancarkan minggu ini untuk pengguna Android dan iOS di Amerika Syarikat yang menyertai eksperimen AI Mode Labs.

Akhir sekali, Google turut membawa AI Mode ke Lens dalam Chrome versi desktop. Ciri ini membolehkan pengguna mengajukan soalan berdasarkan laman web, fail PDF atau apa sahaja kandungan yang sedang dipaparkan dalam pelayar.

Google Tambah Ciri Baharu AI Mode Dalam Search

Tidak lama lagi, apabila klik pada bar alamat Chrome, pilihan baharu “Ask Google about this page” akan muncul dalam senarai cadangan. Ini merupakan satu lagi cara mudah untuk akses Lens terus dalam Chrome.

New ways to learn and explore with AI Mode in Search 🧠

– Upload photos and soon, PDFs, to ask questions that deepen your understanding
– Create plans and stay organized on projects with Canvas in AI Mode, which will soon be available for U.S. users enrolled in the AI Mode Labs… pic.twitter.com/znt0aQwQgz

— Google (@Google) July 29, 2025

Berkaitan

  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup
  • Google Tambah Ciri 'Gaming' Dalam Circle to Search – Dapat Tip, Video & Strategi Dengan Mudah
  • Gemini 2.5 Pro Kini Aktif Dalam Search – Jawapan Lebih Tepat, Lebih Laju
  • AI Google Ubah Corak Carian Pengguna, Trafik Web Terus Menjunam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY