Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kini Anda Boleh Tukar Gambar Kepada Video Dengan Gemini

Kini Anda Boleh Tukar Gambar Kepada Video Dengan Gemini

Diterbitkan Julai 11, 2025 oleh Amsyar Latif

Google telah mengumumkan peluasan akses kepada model penjanaan video termaju mereka, Veo 3, kepada pengguna Google AI Pro di lebih 150 negara. Sebagai tambahan, satu ciri baharu kini diperkenalkan dalam Gemini, iaitu “Photo-to-Video”, yang membolehkan pengguna menukar foto kepada video lapan saat yang dinamik lengkap dengan audio.

Dalam tempoh tujuh minggu sejak pelancaran, lebih 40 juta video Veo 3 telah dijana melalui Gemini dan Flow. Ciri baharu ini membolehkan pengguna memuat naik gambar, memberikan arahan visual dan audio, dan melihat transformasi gambar tersebut menjadi video animasi.

Fungsi ini mula dilancarkan secara berperingkat kepada pengguna Google AI Pro dan Ultra di negara terpilih melalui laman gemini.google.com serta melalui Flow, alat penciptaan video AI Google.

Sebagai langkah keselamatan, semua video dijana dengan tera air jelas dan tanda digital tersembunyi (SynthID). Google turut menekankan komitmen terhadap keselamatan melalui ujian sistematik dan dasar penggunaan kandungan yang ketat.

Berkaitan

  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup
  • Google Akan Bawa Iklan Dalam AI Overviews Ke Malaysia Tahun Ini
  • Google Tambah Ciri 'Gaming' Dalam Circle to Search – Dapat Tip, Video & Strategi Dengan Mudah

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY