Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hilton AI

AI Bantu Hotel Hilton Malaysia Cegah Pembaziran Makanan Ketika Ramadan

Diterbitkan Mac 19, 2025 ยท Dikemas kini Mac 19, 2025 oleh Amsyar Latif

Ketika Ramadan, Hilton Malaysia memperluaskan inisiatif Green Ramadan dengan menggunakan teknologi AI bagi mengurangkan pembaziran makanan di Hilton Kuala Lumpur, Hilton Petaling Jaya, DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort, dan DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside.

Teknologi Winnow AI digunakan untuk menjejak pembaziran makanan dalam masa nyata, membolehkan dapur hotel menganalisis corak sisa makanan dan membuat pelarasan yang lebih tepat.

Winnow System

Sistem ini menilai pembaziran sebelum makanan sampai kepada pelanggan (seperti lebihan penyediaan) serta pembaziran selepas dihidang (seperti sisa di pinggan).

Dengan laporan AI ini, menu dan saiz hidangan dapat dioptimumkan bagi mengurangkan lebihan makanan serta mengurangkan jejak karbon.

Selain itu, hotel-hotel ini juga melaksanakan langkah tambahan seperti label jejak karbon pada makanan, stesen memasak secara langsung, serta penggunaan semula sisa dapur seperti kulit sayur untuk dijadikan bahan perasa atau baja semula jadi.

Inisiatif Green Ramadan Hilton yang diperkenalkan sejak 2023 telah menunjukkan hasil positif dengan pengurangan 61% pembaziran makanan dalam 30 hari.

Pada 2024, program ini berkembang ke 32 hotel di tujuh negara dan berjaya mengurangkan pembaziran makanan sebanyak 21% lagi berbanding tahun sebelumnya.

Penggunaan AI dalam inisiatif ini membuktikan bagaimana teknologi dapat membantu industri perhotelan menjadi lebih mampan, selaras dengan matlamat Travel With Purpose 2030 Hilton.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • SNS Network Dan NVIDIA Pilih Cyberjaya Untuk Kilang AI Pertama Di Malaysia
  • Baidu Lancar Dua Model AI Baharu Untuk Bersaing Dengan DeepSeek
  • Model AI Gemini Disalah Guna Untuk Hapus Tera Air Pada Imej, Ini Respon Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY