Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Baidu Lancar Dua Model AI Baharu Untuk Bersaing Dengan DeepSeek

Baidu Lancar Dua Model AI Baharu Untuk Bersaing Dengan DeepSeek

Diterbitkan Mac 17, 2025 · Dikemas kini Mac 17, 2025 oleh Amsyar Latif

Baidu, syarikat internet terkenal dari China, baru sahaja mengumumkan model AI terbaru mereka iaitu Ernie 4.5 dan model penaakulan terbaru bernama X1.

Menurut Baidu, model X1 ini dikatakan hampir sama hebat dengan teknologi dari DeepSeek, tetapi dengan kos lebih rendah. Selain itu, Baidu juga membuat langkah mengejut dengan bagi akses chatbot AI mereka, Ernie Bot, secara percuma kepada pengguna individu—lebih awal dua minggu daripada jangkaan asal.

Sebenarnya Baidu antara yang pertama di China melancarkan AI generatif sejak 2023, tetapi kini mereka sudah menerima saingan sengit daripada banyak syarikat lain seperti ByteDance (pemilik TikTok), Tencent, Alibaba, dan Moonshot AI yang semakin popular di kalangan pengguna.

Menariknya, Baidu sendiri sebelum ini dah pun menggunakan teknologi DeepSeek ke dalam enjin carian mereka. Bulan Februari lepas, Tencent yang memiliki WeChat juga melancarkan model AI baharu—mereka mendakwa ia lebih pantas dari DeepSeek, walaupun Tencent turut menggunakan teknologi DeepSeek dalam aplikasi mesej mereka.

Alibaba juga tidak mahu ketinggalan, mengeluarkan versi AI mereka sendiri. Sekarang, Baidu bercadang untuk menjadikan model AI mereka sebagai sumber terbuka mulai 30 Jun nanti, mengikut jejak DeepSeek.

Nampaknya, perlumbaan AI di China semakin rancak. Setiap syarikat berlumba-lumba mengeluarkan model lebih canggih, lebih laju, tetapi dengan kos rendah.

Berkaitan

  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Alibaba Sahkan Kerjasama Dengan Apple Untuk Tawar Ciri AI Di China
  • China Puji Kejayaan DeepSeek, Anggap Ia Bukan Pesaing AI Dari AS
  • Persediaan Masa Depan, China Jadikan AI Subjek Teras Di Sekolah Rendah Dan Menengah

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY