Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aeson Power Media Launch – 2

Aeson Power Lancar Bateri Sodium-ion Untuk Kenderaan Di Malaysia

Diterbitkan Oktober 17, 2025 · Dikemas kini Oktober 17, 2025 oleh ariff bukhari

Aeson Power secara rasmi melancarkan siri bateri automotif Sodium-ion (atau
Natrium-ion) terbaharu — NaPulse Starting, NaPulse Start-Stop dan NaForce Start-Stop — ke pasaran Malaysia.

Teknologi ini menawarkan alternatif lebih selamat dan cekap berbanding bateri asid plumbum tradisional.

Direka untuk serasi dengan lebih 95% kenderaan, bateri ini menunjukkan prestasi stabil dalam suhu tinggi sehingga 80°C, sekali gus menjadikannya sesuai untuk iklim tropika Malaysia.

Aeson Power Media Launch – 3
Teknologi bahan katod polianion merupakan teras di sebalik bateri automotif Sodium-ion Aeson Power. Ia menawarkan pelbagai kelebihan termasuk reka bentuk ringan dan keupayaan pengecasan pantas

Ia juga menawarkan pengecasan pantas (0–100% dalam 40 minit), kuasa permulaan 2–3 kali ganda lebih hebat, serta jangka hayat kitaran sehingga 3,000 kali.

Dengan teknologi bahan katod polianion, bateri Sodium-ion Aeson Power tahan nyahcas berlebihan, getaran, dan penyahcasan diri. Ia juga mampu berfungsi walaupun pada voltan serendah 10.5V.

Siri bateri Aeson Power ini ditawar dengan harga bermula RM369 dan waranti selama tiga tahun. Ia boleh dibeli dari stor rasmi:

  • Lazada – https://invl.me/cln0v5x

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • 5 Syarikat Teknologi Tempatan Yang Mungkin Anda Tak Tahu Wujud Tapi Popular - Bah.2
  • Logam Nadir Bumi, Kunci Teknologi Masa Depan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY