Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
“adidas SuperEarth Superstar” Akan Hadir Pada 29 Ogos 2020

“adidas SuperEarth Superstar” Akan Hadir Pada 29 Ogos 2020

Diterbitkan Ogos 24, 2020 oleh Nadiah Ab
“adidas SuperEarth Superstar” adalah kolaborasi terbaru antara adidas dan Sean Wotherspoon bakal dilancarkan tidak lama lagi. Sejak beberapa bulan yang lalu, Sean telah mula memuat naik gambar kasut adidas Superstar di laman Instagramnya. Akhirnya, adidas mengesahkan bahawa “adidas SuperEarth Superstar” akan berada di pasaran pada 29 Ogos 2020.

https://www.instagram.com/p/CEE2tLLpY2J/?utm_source=ig_web_copy_link

Serupa rekaan Superstar yang lalu, kolaborasi ini dimulakan seperti projek-projek Sean yang lain. Menurut Sean, “My creative process usually starts with me digging into my memory, looking at my personal vintage pieces, and just resurfacing references that I can build off of for the particular project.”
"adidas SuperEarth Superstar"
“adidas SuperEarth Superstar” Akan Hadir Pada 29 Ogos 2020
"adidas SuperEarth Superstar"
“adidas SuperEarth Superstar” Akan Hadir Pada 29 Ogos 2020
Mementingkan ketahanan, sebahagian dari bahagian atas kasut diperbuat menggunakan poliester kitar semula, lengkap dengan cetakan dan sulaman bunga. Gabungan pelbagai warna pada sulaman itu menjadikan rekaan kasut ini unik dan menarik.
Warna “biru langit” dikenakan pada panel eyestay, sementara jenama SuperEarth dicetak di lidah, dilengkapkan dengan logo adidas di bahagian tumit.
"adidas SuperEarth Superstar"
“adidas SuperEarth Superstar” Akan Hadir Pada 29 Ogos 2020
"adidas SuperEarth Superstar"
“adidas SuperEarth Superstar” Akan Hadir Pada 29 Ogos 2020
Selari dengan tema kitar semula, insole kasut direka menggunakan gabus dan outsole pula menggunakan getah yang terbuat daripada 10 peratus bahan kitar semula. Lebih menarik lagi, kesemua bahan yang digunakan dalam menghasilkan kasut ini termasuklah pewarna dan gam adalah dari produk bebas haiwan.
Sean Wotherspoon x adidas Originals SuperEarth Superstar boleh didapatkan di laman web adidas Originals dan di kedai-kedai terpilih seluruh dunia bermula 29 Ogos ini pada harga RM460.
Sumber: Hypebeast & Highsnobiety
Baca lagi: adidas Superstar “Shelltoe” – Lima Kolaborasi Terbaik Yang Pernah Dikeluarkan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY