adidas Superstar "Shelltoe" - Lima Kolaborasi Terbaik Yang Pernah Dikeluarkan

Kasut Superstar keluaran adidas membuat kemunculan pertama pada tahun 1969, ketika pemain bola keranjang profesional biasanya memakai kasut kanvas dalam perlawanan. adidas Superstar pada asalnya dikeluarkan sebagai versi rendah dari kasut bola keranjang Pro Model. 

Kasut ini diberi gelaran "shelltoe", "shell shoes", dan "shell tops" oleh kerana sebahagiannya diperbuat daripada kepingan kulit getah. Rekaan ikonik ini juga dianggap sebagai salah satu pengaruh besar dalam munculnya budaya sneakers zaman moden.

Rekaan yang menggunakan kulit di bahagian atas serta "shell toe" telah mendapat perhatian para pemain bola keranjang terutama Kareem Abdul-Jabbar. Selaras dengan teknologi industri kasut yang semakin maju, Superstar telah beralih dari gelanggang ke jalanan menjadikannya salah satu kasut popular di kalangan penggemar "sneakers".
Seperti model kasut adidas yang lain, adidas Superstar juga telah bekerjasama dengan pelbagai nama dan jenama hebat bagi mengeluarkan koleksi cantik dan menarik.

Berikut adalah lima kolaborasi adidas Superstar terbaik yang pernah dikeluarkan.

1. Undefeated x BAPE x adidas Superstar

kolaborasi terbaik adidas superstar shelltoe

Tahun dikeluarkan: 2013

Harga asal: US$130 (~RM553)

Kolaborasi ini telah mengeluarkan koleksi adidas Superstar sebanyak dua kali di mana koleksi yang pertama direka berpandukan rekaan camo BAPE. Koleksi pertama dikeluarkan dalam dua warna iaitu hitam dan biru dilengkapkan dengan logo BAPE x UNDFTD berwarna emas pada bahagian tumit. Koleksi kedua pula hanya menggunakan rekaan camo di bahagian dalam kasut juga dalam warna biru dan hitam.

2. BAPE x adidas Superstar "Super Ape Star"

kolaborasi terbaik adidas superstar shelltoe

Tahun dikeluarkan: 2003

Harga asal: US$150 (~RM639)

Model 'Super Ape Star' ini adalah antara kolaborasi BAPE x adidas terawal yang dilancarkan pada tahun 2003. Salah satu rekaannya adalah warna putih dan hitam yang bersih menampilkan gaya klasik Run-D.M.C. Ada juga yang berwarna hitam blackout dilengkapkan dengan rekaan camo dan logo BAPE berwarna emas pada bahagian lidah kasut.

3. adidas Superstar x Pharell Williams "Supercolour"

kolaborasi terbaik adidas superstar shelltoe

Tahun dikeluarkan: 2015

Harga asal: US$120 (~RM511)

Koleksi adidas Superstar "Supercolour" ini dikeluarkan dalam 50 warna yang berbeza menandakan kesaksamaan. Pharrell mengatakan ia supaya semua orang dapat membuat pilihan dan belian kasut mengikut warna yang digemari.

4. RUN DMC x adidas Superstar "My Adidas" 25th Anniversary

kolaborasi terbaik adidas superstar shelltoe

Tahun dikeluarkan: 2011

Harga asal: US$150 (~RM639)

adidas Originals telah bekerjasama dengan Run DMC bersempena dengan 25 tahun sejak lagu hit Run DMC bertajuk "My Adidas" dari album "Raising Hell" dilancarkan. Kerjasama ini telah menghasilkan adidas Superstar edisi terhad yang dikeluarkan dalam warna hitam dan putih. Gaya rantai tali dookie kumpulan ini dapat dilihat pada tali kasut yang dilengkapkan dengan rantai berlapis emas.

5. adidas Consortium Superstar x Neighborhood

kolaborasi terbaik adidas superstar shelltoe

Tahun dikeluarkan: 2015

Harga asal: US$150 (~RM639)

Bersempena dengan ulang tahun ke-10 program Consortium pada ketika itu, adidas telah bekerjasama dengan jenama besar dari Jepun, Neighborhood. adidas Consortium Superstar x Neighborhood ini berasaskan kulit buaya hitam dengan perincian kulit pada tiga jalur, bahagian lace-stay, dan tumit. Reka bentuk kasut ini dilengkapkan dengan kulit putih di bahagian dalam dengan logo 10th Anniversary pada insole yang diperbuat daripada suede. Logo Tengkorak dan Pedang Bersilang Neighborhood dapat dilihat pada bahagian tumit yang juga ditanda dengan "Customized Project".

Sumber: MASSES