Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Adidas Sahkan Insiden Serangan Siber, Data Pelanggan Terjejas

Adidas Sahkan Insiden Serangan Siber, Data Pelanggan Terjejas

Diterbitkan Mei 29, 2025 oleh ariff bukhari

Jenama sukan antarabangsa, Adidas mengesahkan insiden keselamatan siber sehingga menjejaskan data pelanggan mereka.

Pencerobohan melalui ‘pintu sisi’ iaitu pihak ketiga ini telah membolehkan penggodam menyusup masuk ke sistem pembekal khidmat pelanggan pihak ketiga, sekali gus mendedahkan maklumat perhubungan pelanggan Adidas seperti nama, alamat emel dan nombor telefon.

Walaupun tiada data pembayaran atau kata laluan yang terjejas, maklumat ini masih sangat berharga untuk penipuan siber seperti penipuan pancingan.

Adidas menyatakan, pihaknya telah memaklumkan pelanggan yang terjejas dan melaporkan kejadian ini kepada pihak berkuasa.

Adidas Sahkan Insiden Serangan Siber, Data Pelanggan Terjejas

Ini bukanlah kali pertama Adidas berdepan isu serupa. Insiden yang sama pernah dilaporkan berlaku pada 2018 dahulu di Amerika Syarikat, serta di Turki dan Korea Selatan, kesemuanya melibatkan penyedia khidmat pelanggan luar.

Fenomena ini mencerminkan taktik baharu penjenayah siber. Daripada menyerang sistem utama syarikat besar, mereka kini menumpukan kepada pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang sering kali mempunyai kawalan keselamatan yang lemah.

Kajian Verizon Data Breach Investigations Report 2025 turut mengesahkan bahawa 30% daripada pelanggaran data tahun lalu berpunca daripada penyedia perkhidmatan luaran.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Rantau Awan Baharu Microsoft Di Malaysia Janjikan AI Lebih Pantas, Data Kekal Lokal & 37,000 Peluang Kerja
  • Sekarang Orang Buka TV Untuk YouTube, Bukan Lagi Saluran TV Biasa

Sumber: Bleeping Computer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 3 Earphone 'Flathead' Bawah RM40
  • Reka Proton e.MAS Impian Guna AI, Pengguna Berpeluang Miliki Model 3D Rekaan Sendiri
  • 2 Fon Telinga Baharu CMF Kini Di Malaysia, Harga Dari RM129
  • Dua Palet GPU RTX 5090 Dianggarkan Bernilai RM2 Juta Dilapor Hilang Sebaik Tiba Di Lapangan Terbang Brazil
  • OPPO Perkenal Masterclass, Tawar 60 Sesi Bengkel Fotografi Di Malaysia
  • Uruguay Cuba Penggunaan Kad Merah Dan Kuning Elektronik
  • Syarikat Infrastruktur AI Singapura Berhasrat Bangunkan Sehingga 500MW Kapasiti Pusat Data Baharu Di Malaysia
  • Tak Perlu Keluarkan Telefon, Jepun Uji Teknologi Baharu Untuk Naik Tren
©2026 WISER.MY