Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Acer Swift Go 14 AI PC Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM3599

Posted on Januari 29, 2024

Selepas pelancaran komputer riba Acer Swift Go 14 AI PC di Amerika Syarikat dan seluruh Eropah pada hujung tahun yang lalu, ia kini tiba untuk pasaran Malaysia dengan dua varian.

 

Komputer riba ini tersedia dengan dua pilihan cip pemprosesan iaitu Intel Core Ultra 5 dan Intel Core Ultra 7 serta menjalankan Windows 11 Home.

Selain itu, ia disokong dengan memori 16GB RAM LPDDR5X dan dua pilihan storan yang terdiri daripada 512GB dan 1TB.

Paparan skrin bagi Swift Go 14 ini pula adalah skrin LCD (2240 x 1400) 14 inci dengan teknologi IPS.

Acer Swift Go 14 ini juga dilengkapi dengan webcam QHD 1440p yang disokong oleh Acer PurifiedView serta pad sentuh OceanGlass.

Ia juga menyokong pengecasan USB-C 100W, slot HDMI 2.1 dan slot MikroSD.

Bagi anda yang berminat, sila layari pautan INI untuk pembelian dengan harga yang ditetapkan seperti di bawah.

  • Acer Swift Go 14 AI PC  (Intel Ultra 7, 512GB) = RM3,599
  • Acer Swift Go 14 AI PC (Intel Ultra 5, 1TB) = RM4,299

Beli produk Acer di Shopee – https://invl.io/clknhoz

Beli produk Acer di Lazada – https://invol.co/clknhp5

{suggest}

Sumber: Siaran Media Acer Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress