Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galaxy AI_Reuters

Galaxy AI Di China Guna Baidu Ernie Untuk Gantikan Google Gemini

Diterbitkan Januari 29, 2024 · Dikemas kini Januari 29, 2024 oleh Amalina Athman

Siri Galaxy S24 yang dilancarkan baru-baru ini dilihat tidak mempunyai begitu banyak perbezaan dengan barisan tahun lalu. Samsung meletakkan ciri Galaxy AI sebagai tarikan utama pada penawaran peranti andalannya pada tahun ini.

Di kebanyakan negara, syarikat itu menggunakan model Google Gemini untuk mengendalikan ciri Galaxy AI. Berbeza di China, ciri ini dikendalikan oleh model Baidu dikenali dengan nama “Ernie”.

Berkaitan

  • (Reaksi Awal) Siri Samsung Galaxy S24 - Tak Perlu Pixel, Ini Pun Dah Ada AI
  • Siri Galaxy S24 Kini Rasmi - Bingkai Titanium, Galaxy AI, Harga Bermula RM4099
  • Siri Galaxy S24 Naik Harga, Ini Perbandingan Dengan Galaxy S23

Memetik laporan CNBC, Baidu AI Cloud akan mengintegrasikan bot sembang Ernie ke dalam siri Galaxy S24, membolehkan pengguna menterjemah panggilan dalam masa nyata, Note Assist serta ciri Galaxy AI yang lain.

Dalam kenyataannya, Baidu berkata:

Now featuring Ernie’s understanding and generation capabilities, the upgraded Samsung Note Assistant can translate content and also summarize lengthy content into clear, intelligently organized formats at the click of a button, streamlining the organization of extensive text.

Dalam pada itu, Baidu mendakwa bahawa teknologi Ernie 4.0 adalah versi model Ernie paling berkuasa setakat ini, dengan mempunyai keupayaan penuh pemahaman, penjananaan, memori dan sebagainya.

  • Prapesan siri Galaxy S24 di Shopee: https://invl.io/clknft5
  • Prapesan siri Galaxy S24 di Lazada: https://invol.co/clknft2

Sumber: CNBC

Gambar utama: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
©2026 WISER.MY