Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Syarikat Asean Perlukan 184 Hari Untuk Mengesan Pelanggaran Keselamatan Siber

NC4 Beri Amaran, Penggodam Mahu Serang Infrastruktur Malaysia

Diterbitkan Januari 29, 2024 · Dikemas kini Januari 29, 2024 oleh ariff bukhari

Pusat Kawalan Dan Penyelarasan Siber Nasional (NC4) mengeluarkan amaran berkaitan ancaman serangan siber  yang telah dibuat oleh sebuah grup penggodam.

Analisis risikan ancaman siber NC4 baru-baru ini telah mengenal pasti “R00TK1T ISC CyberTeam” sebagai pelaku ancaman yang baru-baru ini mengumumkan hasrat mereka untuk memulakan kempen khusus menyasarkan infrastruktur di Malaysia melalui saluran Telegram mereka pada 26 Januari 2024 lalu.

Sehubungan itu, NC4 ingin mengingatkan Pentadbir Sistem dan Pentadbir Rangkaian untuk segera melaksanakan langkah-langkah keselamatan siber yang mencukupi bagi memastikan sistem dan rangkaian sentiasa terjamin.

NC4 menyatakan, walaupun tarikh dan tempoh sebenar serangan tidak diketahui, tetapi dipercayai bahawa pelaku ancaman itu adalah sebahagian daripada pasukan tindak balas terhadap kempen siber yang berpunca daripada konflik Timur Tengah.

Ekoran itu, NC4 menasihatkan semua organisasi di Malaysia untuk melaksanakan langkah-langkah pencegahan yang penting untuk melindungi daripada serangan ini.

Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan gangguan operasi dan menjejaskan keselamatan infrastruktur, data dan sistem organisasi.

Data sejarah mendedahkan bahawa pelaku ancaman itu sebelum ini menyasarkan pelbagai sektor di pelbagai negara, termasuk pendidikan, pengangkutan, penjagaan kesihatan, telekomunikasi, dan perkhidmatan ICT, dengan mengeksploitasi kelemahan yang diketahui dan meminta bantuan ancaman orang dalam dan tidak puas hati.

Pada tahun lalu, NC4 juga pernah mengeluarkan amaran yang hampir sama pada 26 Oktober 2023.

Berkaitan

  • Apple Jelaskan Kenapa 'Sideload' Aplikasi Hanya Dihadkan Untuk Pengguna Eropah
  • Waspada Dengan Panggilan "Pegawai MCMC"
  • PDRM Pantau Kegiatan Jual Video Lucah "Made in Malaysia" Di Media Sosial

Sumber: NC4

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY