Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2023-12-15T105534.948

Acer Perkenal Dua Komputer Riba Dengan Cip Intel Core Ultra

Diterbitkan Disember 15, 2023 · Dikemas kini Disember 15, 2023 oleh Muhd Idham

Hari ini, Acer telah melancarkan dua komputer riba pertama mereka yang menggunakan pemproses keluaran terbaru daripada Intel iaitu Intel Core Ultra. Dua komputer riba itu adalah Swift Go 14 dan Predator Triton Neo 16.

Untuk pengetahuan anda, pemproses Intel Core Ultra merupakan pemproses mudah alih yang diasaskan oleh seni bina 3D hibrid Intel. Dahulunya pemproses ini dikenali dengan nama Meteor Lake dan kini ia telah menjadi keluaran Intel Core yang paling terkini.

Swift Go 14

Swift Go 14_2

Selain daripada penguasaan Intel Core Ultra, peranti ini juga menggunakan GPU Intel Arc serta NPU terbaru berdasarkan teknologi AI iaitu Intel AI Boost. Pihak Intel menjelaskan bahawa kehadiran AI Boost ini dilengkapi dengan ciri Acer PurifiedVoice dan Acer PurifiedView untuk kegunaan khas persidangan dalam talian.

Dengan kelengkapan 32GB LPDDR5X DRAM dan 2TB storan, ketahanan bateri bagi Swift Go 14 ini dijangka bertahan selama 12 jam setengah untuk penggunaan yang berterusan.

Turut disertakan bersama Intel Unison yang berperanan untuk perkongsian fail, perhubungan, pemesejan dan pengurusan peranti untuk peranti Android dan iOS.

Paparan yang digunakan adalah skrin OLED 14 inci dengan resolusi 2880 x 1800 px serta mempunyai kadar segar semula 90Hz

Predator Triton Neo 16

Acer Perkenal Dua Komputer Riba Dengan Cip Intel Core Ultra

Sama seperti Swift Go 14, komputer riba gaming, Predator Triton Neo 16 ini juga dikuasakan oleh Intel Core Ultra bersama GPU NVIDIA GeForce RTX 4070 serta dilengkapi ciri Acer PurifiedVoice 2.0.

Paparan skrin yang digunakan adalah Calman Verified 16 inci dengan mempunyai resolusi 3,200 px dan kadar segar semula 165Hz.

Bagi komputer riba gaming ini, ia dipasangkan dengan sistem pengudaraan dengan bilah kipas ternipis di dunia iaitu kipas 3D AeroBlade Gen 5.

Malangnya, ketersediaan dua peranti ini hanya ditetapkan untuk penduduk Amerika Utara dan EMEA (Eropah, Timur Tengah dan Afrika) sahaja buat masa sekarang dengan masa dan harga seperti berikut:-

Swift Go 14

  • Amerika Utara (Januari 2024) = USD799.99 (~RM3,735.55)
  • EMEA (Disember 2023) = EUR1,199 (~RM6,155.80)

Predator Triton Neo 16

  • Amerika Utara (Mac 2024) = USD1,499.99 (~RM7,004.20)
  • EMEA (Mac 2024) = EUR1,799 (~RM9,236.27)

Berkaitan

  • Cara Tetapkan "One-Time Passwords" Untuk Hotspot One UI 6
  • Spesifikasi Padu, Harga Murah, Ini Telefon ‘Midrange’ Yang Anda Patut Beli
  • YouTube Akan Kurangkan Iklan Di TV, Tapi Ada Gantinya
  • GTA Trilogy Sudah Tersedia Di Netflix, Muat Turun Sekarang

Sumber: Siaran Media Acer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY