Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nitro-16_PR Banner_2

Acer Malaysia Lancar ‘Laptop Gaming’ Acer Nitro 16, Dikuasakan AMD Ryzen Dan NVIDIA GeForce RTX

Diterbitkan Ogos 9, 2023 · Dikemas kini Ogos 9, 2023 oleh ariff bukhari

Acer Malaysia memperkenalkan tambahan terbaharu kepada siri komputer riba permainannya, Acer Nitro 16 untuk pemain kasual dan pelajar.

Acer Nitro 16 dilengkapi dengan perkakasan terkini dan berkuasa termasuklah siri cip pemprosesan AMD Ryzen 7000HS dan kuasa grafik dari siri NVIDIA GeForce RTX 40.

Ia juga menyokong kapasiti storan SSD maksimum 1TB dan RAM DDR5 5600MHz sehinga 32GB.

Selain itu, ia turut menggunakan paparan WQXGA IPS bersaiz 16 inci dengan kadar segar semula 165Hz.

Acer Malaysia Lancar ‘Laptop Gaming’ Acer Nitro 16, Dikuasakan AMD Ryzen Dan NVIDIA GeForce RTX
Acer Nitro 16 ditawar dengan 3 varian kad grafik iaitu NVIDIA GeForce RTX4050, RTX4060 dan RTX4070.

Komputer riba ini juga dilengkapi dengan papan kekunci lampu belakang RGB 4 zon yang menyepadukan Kunci NitroSense khusus untuk mengawal kerja dalaman komputer riba manakala kekunci “mod” baharu membolehkan pemain bertukar antara 4 mod dengan hanya menekan kekunci.

Pengguna mempunyai ruang yang mencukupi untuk navigasi yang tepat tanpa tetikus kerana Acer Nitro 16 mempunyai pad sentuh besar bersaiz 125.0 mm x 76.7 mm.

Acer Nitro 16 sudah tersedia di kedai konsep Acer di seluruh negara dan harga jualan bermula dari RM5,799.

Nitro-16_PR Banner_2

Sempena kempen Acer Day, pelanggan yang membeli Acer Nitro 16 sebelum 17 Ogos 2023 akan menerima Cestus 335 Gaming Mouse dan Predator Gaming Urban Backpack V2 bernilai lebih RM 500.

Selain itu, pelanggan berhak untuk menebus kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai sehingga RM250 dan berpeluang memenangi hadiah bulanan dengan hadiah terkumpul bernilai sehingga RM100,000 melalui www.a-redemption.com.

Berkaitan

  • (Ulasan) ASUS ZenBook S 13 OLED UX5304 - 'Laptop' Premium 1 cm
  • (Ulasan) Acer Swift Go 14 - Laptop Dikuasa AMD Harga Bawah RM4,000
  • Redbus Caj RM1 Untuk Kod QR 'Boarding Pass' Di TBS, Tak Perlu Lagi Beratur Panjang

Sumber: Siaran media Acer Malaysia

(Beli pelbagai produk terbaru Acer di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY