Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Acer Lancar 2 Laptop Baharu Dipacu Snapdragon C Dan X2

Acer Lancar 2 Laptop Baharu Dipacu Snapdragon C Dan X2

Diterbitkan Mei 29, 2026 · Dikemas kini Mei 29, 2026 oleh ariff bukhari

Acer memperluas portfolio komputer riba dengan pelancaran Swift Spin 14 AI (SFSP14-Q51T) dan Aspire Go 15 (AG15-Q31P) yang masing-masing dikuasakan oleh pemproses Snapdragon X2 dan Snapdragon C.

Swift Spin 14 AI tampil sebagai komputer riba premium dengan reka bentuk boleh ubah 360 darjah, dilengkapi pemproses Snapdragon X2 Elite atau Plus yang menyokong sehingga 80 TOPS untuk prestasi AI.

Ia menawarkan sehingga 32GB RAM LPDDR5X, storan 1TB SSD, serta hayat bateri sehingga 23 jam untuk tontonan video.

Malah peranti ini menyokong pengecasan
pantas menerusi USB 4 Type-C sehingga 100 watt.

Acer Lancar 2 Laptop Baharu Dipacu Snapdragon C Dan X2
Acer Swift Spin 14 AI dikuasakan Snapdragon X2 Elite menyokong sehingga tiga paparan luar 4K.

Skrin sentuh 14 inci WUXGA dengan sokongan stylus Wacom AES 2.0 menjadikannya sesuai untuk produktiviti, kreativiti, dan kolaborasi.

Acer Lancar 2 Laptop Baharu Dipacu Snapdragon C Dan X2
Acer Swift Spin 14 AI seringan 1.34 kg direka bentuk nipis dan ringan dengan ketahanan gred tentera menambah nilai mobiliti pengguna profesional.

Aspire Go 15 pula menyasarkan segmen mampu milik dengan pemproses Snapdragon C.

Ia menawarkan prestasi lancar untuk tugasan harian dengan dengan memori RAM sehingga 8GB dan storan sehingga 512GB, serta bateri 53Wh.

Acer Lancar 2 Laptop Baharu Dipacu Snapdragon C Dan X2

Skrin 15.6 inci Full HD dengan bezel nipis memberikan pengalaman visual jelas, manakala sambungan Wi-Fi 6E dan port USB-C penuh memastikan keselesaan penggunaan.

Barisan produk terbaru ini akan dipamerkan di pameran Computex Taipei yang akan berlangsung dari 2 hingga 5 Jun 2026 akan datang.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • ASUS ProArt PZ14 Dikuasakan Snapdragon X2 Elite Kini Di Malaysia, Harga Dari RM9,999
  • Snapdragon C Bakal Kuasakan Laptop Windows Dengan Harga Sekitar RM1,200

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY