Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Acer Komited Untuk Neutraliti Karbon Menerusi Siri Komputer Riba Vero

Acer Komited Untuk Neutraliti Karbon Menerusi Siri Komputer Riba Vero

Diterbitkan Disember 6, 2023 oleh ariff bukhari

Acer hari ini di Acer Dubai Event 2023 : Conscious Technology for a Brighter Tomorrow berkongsi komitmennya terhadap neutraliti karbon untuk barisan komputer riba Aspire Vero mereka, bermula daripada Aspire Vero 16 (AV16-51P) baharu.

“Dari segi korporat, Acer telah menyertai inisiatif RE100 dan komited untuk mencapai 100% tenaga elektrik boleh diperbaharui menjelang 2035. Kami juga telah berjanji untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050.” Jerry Kao, COO, Acer Inc.

Acer Komited Untuk Neutraliti Karbon Menerusi Siri Komputer Riba Vero

Acer menyatakan, komputer riba Aspire Vero telah direka bentuk secara eko dengan matlamat untuk meminimumkan jejak karbon sepanjang kitaran hayatnya.

Daripada pembuatan kepada pembungkusan kepada kitar semula akhir hayat, setiap proses telah diperiksa dan diperhalusi secara berterusan untuk membantu menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon.

Butiran lanjut mengenai Acer Aspire Vero 16 akan dikongsikan pada bulan Januari di Las Vegas. Spesifikasi tepat, harga dan ketersediaan akan dimaklumkan nanti.

Berkaitan

  • (Ulasan) ASUS Vivobook 16 (M1605) - Laptop Bajet Skrin Besar, Bateri Tahan Lama
  • Kemas Kini Windows 11 23H2 Jadikan Komputer Lembab, Microsoft Beri Penyelesaian
  • Ketahui Ini Sebelum Guna Kredit RM100 eMADANI Di Aplikasi MAE

Sumber: Acer

Beli pelbagai produk Acer dari stor rasmi di Shopee dan Lazada.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY