Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CPU Komputer

Kemas Kini Windows 11 23H2 Jadikan Komputer Lembab, Microsoft Beri Penyelesaian

Diterbitkan Disember 6, 2023 oleh ariff bukhari

Microsoft telah melepaskan kemas kini besar-besaran untuk Windows pada tahun ini menerusi Windows 11 versi 23H2.

Ia adalah kemas kini tahunan yang besar untuk Windows 11 yang menggantikan versi 22H2 dari tahun lepas. Kemas kini tersebut menawarkan  pelbagai ciri baharu untuk Windows antaranya keupayaan AI dan naik taraf aplikasi.

Tetapi malangnya, sebahagian pengguna melaporkan komputer mereka mengalami prestasi permainan yang teruk selepas menaik taraf kepada sistem operasi tersebut.

Walaupun masalah itu pada awalnya terhad kepada CPU AMD Ryzen sahaja. Tetapi pengguna lain seperti CPU Intel Gen-13 telah turut mengadu isu yang sama.

Mengambil maklum isu yang dihadapi penggunanya selepas berlanjutan beberapa hari, Microsoft telah bertindak dengan memberikan panduan berikut dengan menetapkan semula (Reset) Windows Defender melalui beberapa arahan PowerShell.

Pembaikan itu memerlukan anda membuka PowerShell (Win + taip PowerShell), mungkin dalam mod Pentadbiran (Admin mode). Kemudian taip:

Set-ExecutionPolicy Unrestricted
Get-AppxPackage Microsoft.SecHealthUI -AllUsers | Reset-AppxPackage

Seterusnya Reboot dan pastikan virtualisasi CPU didayakan dalam BIOS anda.

Buka aplikasi Windows Security dalam menu Settings dan pastikan Memory Integrity didayakan di bawah Core Isolation. Kemudian Reboot.

Penyelesaian diberi Microsoft, ini diharapkan dapat membetulkan sebarang kelembapan CPU yang anda alami selepas mengemas kini kepada Kemas Kini Windows 11 2023.

Ada pengguna mengatakan bahawa penanda aras permainan berada pada tahap yang dijangkakan berbanding Windows 11 22H2, malah beberapa penanda aras GPU turut meningkat.

Berkaitan

  • Pengguna MAE, Sebaiknya Tangguhkan Dahulu Guna Kredit eMADANI
  • Jurutera Jepun Pecah Rekod Dunia Internet Terpantas, 20 Kali Ganda Trafik Internet Global
  • Pengguna Android, Storan WhatsApp Anda Tidak Lagi Percuma

Sumber: PCWorld

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY