Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
A.S Mahu Halang Pengeluar Cip Dari Berurusan Dengan Huawei

A.S Mahu Halang Pengeluar Cip Dari Berurusan Dengan Huawei

Diterbitkan Februari 19, 2020 ยท Dikemas kini Februari 19, 2020 oleh Helmi Samsuri

Umpama tidak cukup dengan sekatan yang sedia dijalankan sejak Mei tahun lalu, Amerika Syarikat kini dilaporkan mahu membuat halangan yang lain terhadap Huawei.

Berdasarkan laporan Reuters, pentadbiran Trump dikatakan mahu menyekat bekalan cip pemproses daripada pengeluar global seperti TSMC. Cadangan tersebut telah diusulkan tetapi masih belum mendapat kelulusan lagi.

Langkah yang diambil ini mampu memberikan impak yang besar terhadap Huawei serta TSMC yang merupakan pengeluar utama kepada cip Kirin. Persoalan mungkin timbul bagaimana TSMC yang berpangkalan di Taiwan boleh dihalang dalam berurusniaga dengan Huawei. Ini kerana syarikat berkenaan menggunakan teknologi pembuatan cip asal A.S. Kebanyakkan pengeluar cip bergantung kepada peralatan pembuatan daripada syarikat A.S dan agak rumit untuk mendapatkan cip tanpa “DNA” A.S.

Disenaraikan hitamkan sejak tahun lalu, tuduhan terhadap Huawei masih berpanjangan dimana minggu lepas A.S mendakwa mempunyai bukti Huawei mengintip rangkaian mudah alih serta memberikan bonus kepada pekerja yang berjaya mencuri rahsia firma pesaing mereka.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY