Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
https___s3-ap-northeast-1.amazonaws.com_psh-ex-ftnikkei-3937bb4_images_8_8_6_2_19142688-1-eng-GB_R20190131 Huawei US flag_2048x1152

AS Dakwa Ada Bukti Huawei Intip Rangkaian Mudah Alih

Diterbitkan Februari 12, 2020 · Dikemas kini Februari 13, 2020 oleh Helmi Samsuri

Dakwaan mengenai Huawei mengintip melalui rangkaian mudah alih yang dibangunkan mereka sudah dibualkan sejak sekian lama. Mei tahun lalu juga memperlihatkan Amerika Syarikat mengambil langkah menyekat hubungan perdagangan Huawei dengan syarikat teknologi mereka. Namun, tuduhan intipan itu dilihat masih samar-samar dan Huawei sedia menafikannya.

Menerusi laporan The Wall Street Journal, pegawai kanan sekuriti dalam pentadbiran Trump  telah menyatakan bahawa gergasi teknologi China itu mempunyai keupayaan untuk mengintip pada rangkaian yang dibangunkan. Dikatakan ia sudah bermula pada perkakasan yang dijual seawal 2009 lagi.

Laporan itu menyebut, mereka mempunyai bukti Huawei mempunyai kemampuan mengakses informasi sensitif dan peribadi di dalam sistem selenggaraan mereka yang dijual di serata dunia.

Walaupunbegitu, tiada indikasi yang menunjukkan keupayaan itu telah digunakan atau tidak. Namun dinyatakan bahawa syarikat telekomunikasi yang membeli perkakasan Huawei tidak menyedari tentang kemampuan akses syarikat tersebut.

Laman The Verge pula menghubungi ketua sekuriti Huawei, Andy Purdy dan beliau menyangkal dakwaan tersebut. Turut menambah, tuduhan yang dikeluarkan itu tidak mengejutkan Huawei lantaran daripada sekatan dan tekanan yang dikenakan keatas mereka sejak tahun lalu.

Sumber: The Wall Street Journal dan The Verge

Kredit foto utama: Asia Nikkei

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY