Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YTL Paling Corot, Gagal Siapkan 51 Menara Fasa 1 JENDELA – Fahmi

99.1% Infrastruktur Digital Siap Dibina Di Bawah JENDELA Fasa 1

Diterbitkan Januari 27, 2026 · Dikemas kini Januari 27, 2026 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan sebanyak 1,646 struktur menara komunikasi, atau 99.1% daripada sasaran 1,661, telah siap dibina di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1.

Daripada jumlah itu, 98.3% menara kini telah beroperasi sepenuhnya dengan perkhidmatan 2G dan 4G.

Setakat akhir Disember 2025, liputan Internet di kawasan berpenduduk (CoPA) telah meningkat daripada 91.8% sebelum pelaksanaan JENDELA, kepada 99.71%.

99.1% Infrastruktur Digital Siap Dibina Di Bawah JENDELA Fasa 1

Selain itu, bilangan premis yang diliputi rangkaian kini hampir dua kali ganda, meningkat daripada 4.96 juta kepada 9.81 juta premis dan melepasi sasaran sembilan juta premis. Kelajuan median muat turun jalur lebar mudah alih turut menunjukkan peningkatan kepada 143.70 Mbps.

Menurut MCMC, pencapaian ini disokong oleh inisiatif pembangunan rangkaian oleh Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO), termasuk pembinaan infrastruktur 4G baharu, penaiktarafan tapak sedia ada serta manfaat perkongsian Rangkaian Teras Pelbagai Operator (MOCN).

99.1% Infrastruktur Digital Siap Dibina Di Bawah JENDELA Fasa 1

MCMC menegaskan akan terus memantau pelaksanaan ini bagi memastikan peningkatan liputan dan kualiti perkhidmatan Internet dilaksanakan secara konsisten dan berkesan, selaras dengan objektif JENDELA Fasa 2 untuk memperluas akses Internet ke kawasan berpenduduk jarang serta koridor pengangkutan utama.

SIARAN AKHBAR

JENDELA 1: INFRASTRUKTUR DIGITAL 99.1% SIAP#MCMC pic.twitter.com/KU6JupJkOb

— MCMC (@MCMC_RASMI) January 26, 2026

Berkaitan

  • MCMC Lancar PRIME - Sistem Komunikasi Bergerak Untuk Kecemasan, Bencana
  • MCMC Cadang Hadkan Dua Kad SIM Prabayar Setiap Telco - Teo
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • UUM Bina Menara Telekomunikasi Biochar Pertama Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY