Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
UUM Bina Menara Telekomunikasi Biochar Pertama Di Malaysia

UUM Bina Menara Telekomunikasi Biochar Pertama Di Malaysia

Diterbitkan Disember 8, 2025 ยท Dikemas kini Disember 9, 2025 oleh ariff bukhari

Universiti Utara Malaysia (UUM) mencatat sejarah hari ini apabila menjadi lokasi pertama di Malaysia dibina menara telekomunikasi biochar pertama di Malaysia.

Projek ini dilaksanakan bersama Yiked Bina Sdn. Bhd. (YBSB) dan Jabatan Strategik & Pembangunan Perniagaan (BSD), menjadikan UUM kampus perintis dalam teknologi karbon rendah.

Menara ini menggunakan campuran biochar yang menggantikan 5% simen, sekali gus meningkatkan kekuatan mampatan struktur sebanyak 15% dan mengurangkan karbon terbenam sehingga 25% berbanding konkrit biasa.

Inovasi ini bukan sahaja menyokong usaha negara mengurangkan pelepasan karbon, tetapi juga memperkukuh infrastruktur digital yang kini menjadi keperluan asas dalam pendidikan, ekonomi dan keselamatan.

Kerjasama antara negeri Kelantan, Perak dan Kedah membuktikan kemampuan Malaysia membangunkan teknologi lestari secara mandiri.

UUM menekankan bahawa projek ini seiring dengan komitmen kampus hijau dan menjadi contoh kajian kes sebenar yang memberi impak langsung kepada masyarakat serta industri telekomunikasi.

Berkaitan

  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • UTM Kekal Universiti No.1 Malaysia Dalam 'Interdisciplinary Science'
  • UMPSA Cipta 'Paperbot' Pertama Di Malaysia Dikuasakan Wap Air

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY