Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 16

96% Pemilik iPhone Akan Segera Ganti Atau Baiki iPhone Mereka Jika Hilang Atau Rosak – Kajian

Diterbitkan Januari 9, 2025 · Dikemas kini Januari 9, 2025 oleh ariff bukhari

Berapa cepatkah pemilik iPhone akan menggantikan atau membaik pulih iPhone mereka yang hilang atau rosak?

Jadi, untuk mengetahui perkara itu, Rakan Penyelidik Perisikan Pengguna (CIRP) telah menjalankan satu kaji selidik khusus untuk itu.

Berdasarkan data yang diperolehi mereka didapati, 96% pemilik iPhone akan menggantikan atau membaiki telefon pintar mereka dalam masa seminggu.

Malah lebih 80% pemilik iPhone akan menggantikan atau membaiki peranti yang hilang atau rosak dalam masa satu atau dua hari. Manakala hampir separuh pula akan melakukannya pada hari yang sama.

96% Pemilik iPhone Akan Segera Ganti Atau Baiki iPhone Mereka Jika Hilang Atau Rosak – Kajian

Selain iPhone, CIRP juga membuat kaji selidik yang sama ke atas peranti Apple yang lain meliputi komputer Mac dan tablet iPad.

CIRP mendedahkan, hampir sebanyak 70% pemilik Mac akan menggantikan atau membaiki peranti yang hilang atau rosak pada hari yang sama atau dalam masa satu atau dua hari, walaupun hanya kira-kira satu pertiga berada dalam kumpulan terdekat.

Sementara 58% pemilik iPad akan menggantikan atau membaiki iPad mereka serta-merta atau dalam masa satu atau dua hari.

CIRP berkata, sebahagian besar pelanggan Apple menggunakan setiap satu daripada tiga peranti dengan begitu konsisten dan banyak sehinggakan mereka akan segera untuk mendapatkan peranti yang berfungsi semula dalam kehidupan seharian mereka.

CIRP di akhir laporan mereka menyatakan bahawa hanya 1% daripada pemilik iPhone tidak akan menggantikan atau membaiki iPhone yang hilang atau rosak.

Peratusan itu adalah serupa untuk iPad dan 3% daripada pemilik Mac akan membiarkan Mac mereka yang hilang atau rosak sebagai komputer Mac terakhir mereka.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Apple Hentikan Penjualan iPhone SE Dan Siri iPhone 14 Di EU
  • NVIDIA Perkenalkan Superkomputer AI Terkecil Di Dunia, Harga Bermula ~RM13,500

Sumber: CIRP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Perjelas Larangan Waze Untuk Penjawat Awam - Ini Yang Perlu Diketahui
  • Cara Hidupkan Pengesahan Dua Langkah (2FA) WhatsApp, Langkah Demi Langkah
  • Leica Lancar Kamera Q3 43 Edisi Formula 1, Harga RM40,290
  • Gentari, BYD Kerjasama Bawa Teknologi Flash Charging Ke Malaysia
  • Anthropic Dilapor Rugi AS$80.7 Bilion, AS$72 Bilion Daripadanya Caj Perakaunan
  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
©2026 WISER.MY