Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
9 Telefon Pintar Honor Ini Bakal Dikemaskinikan Dengan EMUI 8.0

9 Telefon Pintar Honor Ini Bakal Dikemaskinikan Dengan EMUI 8.0

Diterbitkan Januari 24, 2018 · Dikemas kini Januari 25, 2018 oleh Helmi Samsuri

Pertama kali Huawei mengumumkan penawaran EMUI 8.0 untuk peranti mereka adalah pada Oktober 2017 lalu dimana Mate 10, Mate 10 Pro dan Mate 10 Porsche menjadi model terawal menikmatinya.

Kini, jenama dibawah naungannya pula, Honor, sedia berkongsi senarai 9 peranti yang bakal menerima kemaskini EMUI 8.0 dan difahamkan masih dalam proses pembangunan dan ujian. Penawaran yang dibuat ini adalah untuk pengguna di China.

  • Honor 7X
  • Honor 8
  • Honor V8
  • Honor Note 8
  • Honor 8 Lite
  • Honor 9
  • Honor 9 Lite
  • Honor V9 (juga dikenali sebagai Honor 8 Pro)
  • Honor V10

Mungkin ada diantara anda yang tertanya-tanya mengapa Honor 8 tersenarai, sedangkan laporan sebelum ini menyatakan ia tidak akan menerima kemaskini Android Oreo 8.0 dengan alasan, perkakasan serta perisiannya tidak serasi menggunakan sistem operasi Oreo.

Perkara ini sememangnya mengelirukan pengguna kerana terdahulu CEO syarikat sendiri menyebut Honor 8 akan dikemaskini dengan  Android Oreo 8.0.

Tidak lama selepas itu, Honor India menerusi Twitter (ketika laporan ini ditulis, tweet berkenaan perkara ini telah dipadam) mereka hadir dengan kenyataan diatas dan terbaru senarai Huawei memperlihatkan Honor 8 .

Jika difikirkan semula, agak pelik kenyataan yang dikeluarkan Honor India kerana Kirin 950 lebih dari cukup menampung Android Oreo. Selain itu, Honor India juga tidak menyatakan secara terperinci mengenai hal keterbatasan tersebut.

Honor 8 dilancarkan dengan Android Marshmallow pada 2016 dan selepas itu menerima satu kemaskini naik taraf kepada Android Nougat. Namun sekiranya tidak menerima naik taraf ke Android Oreo, ia boleh dianggap pelik dan merugikan pemilik peranti.

Walauapapun, kita perlu menunggu kenyataan rasmi dari Huawei atau Honor mengenai perkara ini.

Bagi pemilik Honor 8 Pro pula, anda boleh mencuba EMUI 8.0 versi beta di pautan ini (EMUI 8.0 Beta).

Sumber: Huawei via Phone Arena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY