Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
hyundai Hydrogen

9 Syarikat Jalin MOU Bangunkan Ekosistem Hidrogen Di Hong Kong

Diterbitkan Mei 22, 2026 oleh ariff bukhari

Pada Simposium Pembangunan Hidrogen Antarabangsa 2026, sembilan syarikat automotif terkemuka dari Korea, Tanah Besar China, Perancis dan Hong Kong – termasuk Hyundai Motor Group, menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersejarah untuk membangunkan ekosistem hidrogen di Hong Kong.

Langkah ini menandakan pencapaian penting dalam usaha memperkukuh ekonomi hijau Hong Kong.

Sehingga kini, Hong Kong telah meluluskan lebih 30 projek percubaan hidrogen yang bertujuan membuka jalan bukan sahaja untuk sasaran penyahkarbonan, tetapi juga untuk membuka daya produktif baharu yang berkualiti untuk pertumbuhan ekonomi hijau.

9 Syarikat Jalin MOU Bangunkan Ekosistem Hidrogen Di Hong Kong
Rakan kongsi yang memeterai MOU ini termasuk Hyundai Motor Company dan Hyundai Engineering & Construction daripada Hyundai Motor Group, China Inspection Co Ltd, Chun Wo Bus Services Limited, Chun Wo Construction & Engineering Company Limited, Jiangsu Guofu Hydrogen Energy Equipment Co Ltd, JEA ENG, Templewater Limited, Hong Kong and China Gas Company Limited, dan Veolia Hong Kong Holding Limited.

Kerjasama jangka panjang pelbagai pihak ini bakal mewujudkan rantaian industri hidrogen yang mantap dan menyeluruh – merangkumi pengeluaran, penyimpanan, pengangkutan, pengisian bahan api dan penggunaan.

Kerjasama ini juga akan meletakkan Hong Kong sebagai pangkalan strategik untuk pengembangan perniagaan hidrogen Hyundai Motor Group di seluruh rantau Asia Pasifik.

MOU ini dijangka mempercepatkan pembangunan teknologi hidrogen, meningkatkan kerjasama antarabangsa, dan membuka peluang pelaburan baharu dalam tenaga bersih.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Jabatan Perdana Menteri Terima Kenderaan Berkuasa Hidrogen
  • Kenderaan Hidrogen Berkuasa 1,600Bhp Ini Akan Cuba Pecahkan Rekod Kenderaan Darat Terpantas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY