Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Toyota mirai hidrogen

Jabatan Perdana Menteri Terima Kenderaan Berkuasa Hidrogen

Diterbitkan Disember 9, 2025 · Dikemas kini Disember 9, 2025 oleh ariff bukhari

Jabatan Perdana Menteri hari ini telah menerima kenderaan berkuasa hidrogen model Toyota Mirai yang diserahkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

PM Anwar Ibrahim dalam hantaran di akaun FB rasminya menyatakan ia menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha negara memperkukuh agenda mobiliti hijau.

Pada April 2024 lalu telah dilaporkan sebanyak 3 unit kenderaan berjenama Toyota Mirai akan dibawa masuk ke Putrajaya.

Kenderaan Fuel Cell Electric Vehicle (FCEV) ini yang dikuasakan hidrogen mampu bergerak sehingga 1000 km dengan pengisian penuh sebanyak 5.6 kg hidrogen.

PM 1
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa majlis Penyerahan Kenderaan Full Cell Elektric Vehicle (FCEV) Toyota Mirai di Putrajaya. 9 Disember 2025. IZZUDDIN ABD RADZAK/Pejabat Perdana Menteri.

MOSTI telah mendapat sokongan daripada Kementerian Ekonomi (KE) untuk melaksanakan projek Stesen Pengisian Semula Hidrogen Mudah Alih (Mobile Hydrogen Refuelling Station – MHRS).

Projek perintis ini melibatkan kerjasama MOSTI melalui NanoMalaysia Berhad dengan Petronas Technology Ventures Sdn Bhd, UMW Corporation Sdn Bhd, UMW Toyota Motor Sdn Bhd dan Malaysia Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC).

Toyota menyatakan mengisis penuh hidrogen pada FCEV ini hanya mengambil masa sekitar 5 minit sahaja.

Berkaitan

  • 3 Unit Toyota Mirai Akan Dibawa Masuk Ke Putrajaya, Mampu Pergi Sejauh 1,000Km Dengan 5.6Kg Hidrogen
  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • Pertanian Di Malaysia Bakal Dipacu Robot Humanoid

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY