Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
72 Pelayan Dengan Cip AI Canggih Bernilai ~RM53 Juta Dirampas Di KLIA

72 Pelayan Dengan Cip AI Canggih Bernilai ~RM53 Juta Dirampas Di KLIA

Diterbitkan Jun 29, 2026 ยท Dikemas kini Jun 29, 2026 oleh ariff bukhari

Pihak berkuasa Malaysia berjaya menggagalkan satu cubaan untuk menyeludup cip kecerdasan buatan (AI) canggih melalui lapangan terbang utama negara, menurut pegawai kastam pada Jumaat, dalam kes yang membabitkan nilai hampir $13 juta (sekitar RM53 juta).

Satu pasukan telah menyerbu zon perdagangan bebas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5 Jun lalu dan merampas 72 buah pelayan (server) yang dilaporkan dalam proses untuk dieksport ke sebuah negara Asia yang lain, kata Pengarah Kastam Lapangan Terbang, Zulkifli Muhammad.

Malaysia telah memperketatkan kawalan eksport dan pemindahan kapal (transshipment) bagi cip dari Amerika Syarikat sejak tahun lepas, dengan mewajibkan permit perdagangan strategik serta pemakluman awal sekiranya terdapat syak wasangka berlakunya salah guna atau lencongan.

Malaysia yang kini sedang berkembang pesat sebagai hab pusat data, sedang berusaha untuk mengelakkan dirinya daripada digunakan sebagai titik transit bagi cip-cip terhad yang menuju ke destinasi lain.

“Pelayan-pelayan tersebut diisytiharkan sebagai ‘komponen komputer’ bagi mengelakkan daripada dikesan oleh pihak berkuasa,” kata Zulkifli dalam satu sidang media.

Sindiket yang terlibat menggunakan Malaysia sebagai pusat transit bagi memastikan tiada sekatan dikenakan semasa proses eksport berjalan, menurut laporan akhbar harian The Star.

Zulkifli enggan mendedahkan dari mana pelayan tersebut berasal, di mana cip itu dikilangkan, atau ke mana ia mahu dihantar, sambil menambah bahawa siasatan lanjut masih lagi dijalankan.

Walau bagaimanapun, beliau berkata sebuah syarikat logistik tempatan yang terlibat dalam penghantaran itu telah diminta untuk membantu siasatan.

Amerika Syarikat sebelum ini telah memperketatkan sekatan ke atas eksport semikonduktor canggih melalui Malaysia dan Thailand dalam usaha untuk mengekang lencongan cip tersebut ke China.

Malaysia juga telah melancarkan beberapa siasatan, termasuk satu kes mengenai bagaimana pelayan yang mengandungi cip Nvidia buatan AS yang sepatutnya dihantar ke Singapura, akhirnya tersangkut di Malaysia. – AFP

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Arm Perkenal Cip AI Baharu, Lebih 45 Ribu Teras Dalam Satu Rak
  • OpenAI Perkenal Cip AI Jalapeno, Dibangunkan Bersama Broadcom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY