Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
7 Universiti Malaysia Berada Dalam Kelompok 10 Universiti ASEAN Terbaik

7 Universiti Malaysia Berada Dalam Kelompok 10 Universiti ASEAN Terbaik

Diterbitkan Mac 17, 2026 oleh ariff bukhari

Times Higher Education (THE) baru-baru ini melancarkan penarafan khusus untuk universiti di Asia Tenggara.

Hasilnya menunjukkan bahawa Universiti di Singapura dan Malaysia muncul sebagai peneraju dalam penarafan perintis THE baharu ini.

Asia Tenggara, sebuah rantau yang semakin pesat berkembang dalam pendidikan tinggi global menyaksikan Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) menduduki dua tangga teratas daripada 195 institusi yang dianalisis menggunakan metodologi THE World University Rankings.

Malaysia pula mendominasi kelompok 50 teratas dengan 18 universiti di mana tujuh darinya berada dalam kelompok 10 terbaik, diketuai oleh Universiti Teknologi Petronas di tempat ketiga.

Manakala Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut berada dalam kelompok 10 terbaik.

7 Universiti Malaysia Berada Dalam Kelompok 10 Universiti ASEAN Terbaik
Menurut laporan THE, Malaysia menyasarkan untuk mendaftarkan 250,000 pelajar dari luar negara menjelang akhir dekad ini di bawah Pelan Pembangunan Pendidikannya.

THE menyatakan, kejayaan Singapura banyak dipacu oleh pelaburan besar dalam penyelidikan dan jaringan global, manakala Malaysia menonjol melalui kepelbagaian bidang akademik serta sokongan kerajaan terhadap pembangunan universiti.

“…Malaysia adalah pemain utama dalam pendidikan dan sains antarabangsa, Thailand telah lama mempunyai sistem kebangsaan yang kukuh, dan kedua-dua Indonesia dan Vietnam telah mencapai kemajuan yang menakjubkan dalam sains. Filipina, Kemboja, Laos dan Myanmar tidak mempunyai pelaburan nasional yang mencukupi tetapi mendapat manfaat daripada hubungan serantau.” Simon Marginson, profesor di Universiti Bristol.

Indonesia pula mencatatkan kehadiran paling ramai dalam penarafan ini dengan 35 institusi, termasuk Universiti Indonesia di tempat ke-22.

Laporan THE juga meramalkan Indonesia bakal menjadi sistem pendidikan tinggi ketiga terbesar dunia dalam tempoh sedekad ini.

Dengan kedudukan kukuh Singapura dan Malaysia, penarafan ini dijangka membuka peluang kerjasama serantau serta meningkatkan daya saing pendidikan tinggi Asia Tenggara di peringkat antarabangsa.

Penarafan ini memberi gambaran awal tentang potensi ASEAN sebagai hab pendidikan tinggi global, dengan kerjasama serantau dijangka terus memperkukuh kedudukan universiti di rantau ini.

Berkaitan

  • UTM Kekal Universiti No.1 Malaysia Dalam 'Interdisciplinary Science'
  • NTU Singapura Dinobatkan Universiti AI Terbaik Dunia
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kos DRAM Dan Storan SSD Kini Sumbang Hampir 40% Harga Sebuah PC
  • NEXAL Rasmi Dilancarkan Di Malaysia, Perkenal Tablet NEXAL Pad Berharga RM1,099
  • MyDigital ID Nafi Guna Teknologi Blockchain Pihak Ketiga
  • HONOR 600S 5G Kini Dijual Di Malaysia, Bateri 8,100mAh Pada Harga RM1,299
  • CMF Perkenal Speaker S Dan Speaker M, Bateri Sehingga 18 Jam
  • COROS PACE 4 Pro Dilancar 21 Oktober Ini, Skrin Lebih Besar, Bateri Tahan Lama
  • Pengguna Nothing Mula Terima Kemas Kini Nothing OS 5.0
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Kongsi, Cipta 'Sticker' Berbunyi
©2026 WISER.MY