Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
UTM konvo

UTM Kekal Universiti No.1 Malaysia Dalam ‘Interdisciplinary Science’

Diterbitkan November 21, 2025 · Dikemas kini November 21, 2025 oleh ariff bukhari

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sekali lagi membuktikan keunggulannya apabila mengekalkan kedudukan sebagai universiti nombor satu di Malaysia dalam Times Higher Education (THE) Interdisciplinary Science Rankings 2026.

Lebih membanggakan, UTM turut berada di tangga 51 dunia, selepas debut cemerlang di tempat ke-35 pada edisi sulung 2025.

Ranking ini menilai 911 institusi dari 94 negara berdasarkan 11 metrik merangkumi input (pembiayaan), proses (kejayaan, fasiliti, sokongan pentadbiran), dan output (penerbitan, kualiti penyelidikan, reputasi).

UTM Kekal Universiti No.1 Malaysia Dalam ‘Interdisciplinary Science’

Interdisciplinary Science Rankings merupakan sebuah projek yang dijalankan bersama Schmidt Science Fellows – diwujudkan untuk meningkatkan kecemerlangan saintifik dan kerjasama antara universiti serta bertujuan membantu institusi menilai kerja sains antara disiplin (interdisiplin) mereka.

Kategori ini juga adalah sebagai satu cara baru untuk mengiktiraf, menilai dan memberi insentif kepada universiti yang paling banyak melintasi sempadan disiplin dan menjalankan penyelidikan saintifik dengan cara yang inovatif.

Kejayaan UTM mencerminkan komitmen terhadap slogan “Innovating Sustainable Solutions” serta peranan penting dalam menyokong agenda negara seperti Kerangka MADANI, National Energy Transition Roadmap (NETR), Malaysia National AI Roadmap, dan New Industrial Master Plan (NIMP) 2030.

UTM dalam satu kenyataan menzahirkan penghargaan kepada para penyelidik, staf dan rakan kerjasama atas sumbangan mereka.

Pencapaian ini bukan sekadar pengiktirafan akademik, tetapi bukti bahawa UTM terus menjadi peneraju dalam memperkukuh daya saing negara melalui sains, teknologi dan inovasi.

Berkaitan

  • Inovasi Pelajar UTM Bagi Selamatkan Mangsa Banjir Diiktiraf Antarabangsa
  • Reka Bentuk Tahan Gempa Pelajar UTM Raih 2 Anugerah Antarabangsa
  • Cat Tahan Api Pelajar UTM Raih Anugerah Antarabangsa
  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY