Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NTU Singapura Dinobatkan Universiti AI Terbaik Dunia

NTU Singapura Dinobatkan Universiti AI Terbaik Dunia

Diterbitkan Disember 23, 2025 · Dikemas kini Disember 23, 2025 oleh ariff bukhari

Nanyang Technological University (NTU) di Singapura telah dinobatkan sebagai universiti terbaik dunia dalam bidang kecerdasan buatan (AI) oleh ShanghaiRanking 2025.

NTU meraih 289 mata, menewaskan Tsinghua University dari China yang berada di tempat kedua dengan 284.7 mata.

Senarai 10 teratas turut menampilkan University of Toronto, University of Alberta, Carnegie Mellon, UCLA, University of Technology Sydney, University of Montreal dan Stanford.

NTU Singapura Dinobatkan Universiti AI Terbaik Dunia

Walau bagaimana pun, China mendominasi dengan 10 universiti negara itu berada dalam 20 teratas, manakala Amerika Syarikat memiliki empat, Kanada tiga, dan masing-masing satu dari Singapura, Australia serta United Kingdom.

Artificial Intelligence-top10

Penilaian ini dibuat berdasarkan kualiti fakulti, jumlah dan impak penyelidikan, serta kerjasama antarabangsa.

ShanghaiRanking, yang diasaskan pada 2003, dianggap antara tiga ranking universiti paling berprestij di dunia bersama QS dan Times Higher Education.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Inilah Cara Betul Untuk Panjangkan Hayat Bateri Laptop Anda
  • Tokoh Meninggal Dunia Dihidupkan Semula Melalui AI Cetus Kemarahan Awam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY