Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kamera badan_

600 Unit Kamera Badan Untuk Pegawai Imigresen – Saifuddin Nasution

Diterbitkan April 24, 2025 oleh Amalina Athman

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyediakan 600 unit kamera badan untuk kegunaan pegawai imigresen dalam usaha meningkatkan integriti dan ketelusan agensi berkenaan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata langkah itu merupakan respons kepada kebimbangan yang disuarakan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengenai isu integriti dalam perkhidmatan imigresen.

Dato’ Seri (Perdana Menteri) sendiri ada menelefon Ketua Pengarah Imigresen dan menyuarakan keperluan unutk segera mengusahakan pemakaian kamera badan.

Beliau berkata proses perolehan kamera badan itu akan dilaksanakan pada 28 April ini.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata sistem pagar automatik (autogate) akan menggantikan sebahagian besar kaunter manual di lapangan terbang antarabangsa mulai Jun ini, sejajar dengan kehendak Perdana Menteri untuk mempercepat proses keluar masuk pelancong di pintu sempadan negara.

Katanya, inisiatif berkenaan dilihat sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan dalam menambah baik penyampaian perkhidmatan awam dan memperkukuh kepercayaan rakyat terhadap agensi penguatkuasaan.

Berkaitan

  • Anggota JPJ Bakal Guna Kamera Badan - Menteri Pengangkutan
  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Menteri Komunikasi Cadang PDRM Guna Jalur Lebar 5G Khusus
  • KDN Cadang Guna MyDigital ID Untuk Urusan Saman Trafik

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY