Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MyDIgital ID_saman trafik

KDN Cadang Guna MyDigital ID Untuk Urusan Saman Trafik

Diterbitkan April 21, 2025 · Dikemas kini April 21, 2025 oleh Amalina Athman

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mencadangkan penggunaan aplikasi MyDigital ID diperluaskan, khususnya bagi urusan pembayaran saman trafik.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata walaupun penggunaan MyDigital ID masih belum diwajibkan, ia merupakan sebahagian daripada dasar transformasi digital kerajaan.

Malah, kerajaan telah bersetuju untuk meminda Akta Pendaftaran Negara 1959 bagi membolehkan pelaksanaan identiti digital ini secara rasmi dan menyeluruh.

Menurutnya, langkah ini masih di peringkat cadangan dan belum diluluskan di Parlimen. Namun, pihaknya menggalakkan orang ramai untuk menggunakan aplikasi itu sebagai kaedah pengesahan identiti dalam sebarang urusan.

Beliau turut memaklumkan bahawa semua urusan melibatkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) selepas ini akan mengutamakan pengguna yang berdaftar dengan MyDigital ID.

Menariknya, diskaun saman yang ditawarkan kepada pengguna aplikasi ini juga akan lebih tinggi. Jika sebelum ini diskaun sebanyak 50% diberikan, menerusi MyDigital ID, pengguna mungkin boleh menikmati diskaun sehingga 55%. Pendaftarannya juga mudah, hanya menggunakan telefon dan prosesnya pantas.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Menteri Komunikasi Cadang PDRM Guna Jalur Lebar 5G Khusus
  • Portal STR Kini Boleh Diakses Dengan MyDigital ID
  • Rakyat Malaysia Seawal Umur 12 Tahun Akan Didaftarkan Secara Automatik Dalam MyDigital ID

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY