Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fahmi Fadzil_menteri komunikasi

Menteri Komunikasi Cadang PDRM Guna Jalur Lebar 5G Khusus

Diterbitkan Januari 23, 2025 · Dikemas kini Januari 23, 2025 oleh ariff bukhari

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyatakan bahawa rangkaian 5G mampu menyediakan jalur lebar khusus untuk komunikasi tersulit, memberi manfaat besar kepada organisasi, terutama agensi penguatkuasaan seperti PDRM.

Jalur lebar ini bebas daripada rangkaian awam, memastikan keselamatan data dan kestabilan rangkaian.

Justeru, beliau mencadangkan agar agensi tempatan dan pihak berkuasa memanfaatkan pembahagian jalur rangkaian selamat.

Menteri itu berkata, sebahagian jalur rangkaian selamat akan didedikasikan untuk memastikan lebar jalur tidak terganggu untuk operasi sensitif.

“Sebahagian jalur rangkaian 5G yang selamat bermakna lebar jalur dikhususkan untuk organisasi itu. Ia tidak semestinya hanya untuk penguatkuasaan undang-undang, ia boleh untuk mana-mana industri, mana-mana syarikat,”

Fahmi juga menekankan bahawa teknologi ini bukan sahaja relevan untuk penguatkuasaan undang-undang, tetapi juga untuk industri lain, termasuk aplikasi Internet Benda (IoT) yang memerlukan data masa nyata.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • SUHAKAM Dan PDRM Akan Bincang Isu Pemeriksaan Telefon Bimbit Orang Awam
  • Galaxy S25 Ultra Perkenalkan Corning® Gorilla® Armor 2, Mampu Tahan Jatuh Setinggi 2.2 meter

Sumber: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY