Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta, AFP

600 Pekerja AI Meta Dilapor Akan Dipindah Atau Diberhentikan

Diterbitkan Oktober 23, 2025 oleh ariff bukhari

Syarikat induk Facebook, Meta, dilaporkan akan mengurangkan 600 pekerjaan dalam bahagian kecerdasan buatan (AI) sebagai langkah untuk memperkemas operasi selepas tempoh pengambilan pekerja besar-besaran, menurut laporan media AS pada Rabu.

Langkah ini tidak akan menjejaskan TBD Lab, unit khas yang ditubuhkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mark Zuckerberg.

Makmal itu berkembang pesat selepas menarik penyelidik terkemuka dari syarikat pesaing seperti OpenAI dan Apple dengan tawaran gaji tinggi.

Sebaliknya, pemotongan ini disasarkan kepada pasukan yang menumpukan pada pembangunan produk dan infrastruktur AI, bagi meningkatkan kecekapan tanpa menjejaskan projek besar syarikat, lapor Wall Street Journal.

Ramai kakitangan yang terlibat mungkin akan dipindahkan ke bahagian lain dalam Meta.

Menurut New York Times, langkah itu bertujuan menangani “kelebihan organisasi” akibat pengambilan pekerja yang terlalu agresif.

Dalam satu memo, Ketua Pegawai AI, Alexandr Wang, berkata pengurangan pekerja bermakna “lebih sedikit perbincangan diperlukan untuk membuat keputusan.”

Meta belum memberikan sebarang komen rasmi kepada AFP berhubung perkara ini. – AFP

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • AI Tidak Boleh Dipercayai Sebagai Panduan Mengundi Pilihan Raya
  • ShopeePay Invest Diperkenalkan - 38 Dana, Pelaburan Serendah RM10

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY