Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AI Tidak Boleh Dipercayai Sebagai Panduan Mengundi Pilihan Raya

AI Tidak Boleh Dipercayai Sebagai Panduan Mengundi Pilihan Raya

Diterbitkan Oktober 22, 2025 oleh ariff bukhari

Pihak Berkuasa Perlindungan Data Belanda (AP) memberi amaran pada Selasa bahawa chatbot kecerdasan buatan (AI) adalah “tidak boleh dipercayai dan jelas berat sebelah” apabila memberikan nasihat berkaitan pilihan raya — hanya lapan hari sebelum pengundian nasional Belanda.

Dalam laporan terbaharu, AP menguji empat chatbot dan mendapati kebanyakannya menyokong parti politik di sebelah kiri atau paling kanan spektrum politik, tanpa mengira soalan pengguna.

Lebih separuh daripada cadangan yang diberikan mencadangkan Parti Kebebasan (PVV) pimpinan Geert Wilders atau GroenLinks-PvdA yang diketuai Frans Timmermans, bekas naib presiden Suruhanjaya Eropah.

Sebaliknya, parti seperti CDA (pusat-kanan) hampir tidak pernah disebut — walaupun pandangan pengguna selaras dengan dasar parti itu.

Timbalan ketua AP, Monique Verdier, berkata walaupun chatbot kelihatan sebagai alat pintar, “sebagai panduan mengundi, ia gagal secara konsisten.”

Katanya, pengguna boleh dipengaruhi untuk memilih parti yang tidak mencerminkan pendirian politik sebenar mereka, sekaligus mengancam integriti pilihan raya yang bebas dan adil.

AP menegaskan bahawa berat sebelah ini bukan disengajakan, tetapi berpunca daripada cara asas AI beroperasi dan belajar daripada data yang sedia ada, menjadikannya sukar untuk disahkan atau dijelaskan.

Pilihan raya Belanda pada 29 Oktober dijangka diperhatikan rapat oleh Eropah, dengan PVV kini mendahului tinjauan, walaupun jurang dengan GroenLinks-PvdA dan CDA semakin mengecil. – AFP.

Berkaitan

  • OpenAI Kini Ada Pelayar Web AI Sendiri - ChatGPT Atlas
  • Tiada Lagi ChatGPT Di WhatsApp Selepas 15 Januari 2026
  • SPX Express Lancar Pusat Logistik Pintar Dengan Teknologi AI Dan IoT Di Bukit Raja

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY