Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ShopeePay Invest_2

ShopeePay Invest Diperkenalkan – 38 Dana, Pelaburan Serendah RM10

Diterbitkan Oktober 22, 2025 · Dikemas kini Oktober 22, 2025 oleh Amalina Athman

ShopeePay dengan kerjasama iFAST Capital kini memperkenalkan ShopeePay Invest, akaun pelaburan yang menawarkan akses kepada dana unit amanah.

Perkhidmatan ini boleh diakses melalui aplikasi Shopee dan ShopeePay, membolehkan pengguna melabur dalam 38 dana terpilih yang ditawarkan oleh 10 Syarikat Pengurusan Aset terkemuka di Malaysia, dengan pelaburan permulaan serendah RM10 dan tanpa had pelaburan.

BM 1.1 What is ShopeePay Invest (1)

Pengguna juga boleh memilih dana global, patuh Syariah, atau yang menumpukan sektor tertentu merentasi pelbagai kelas aset.

Menurut Shopee, semua dana yang ditawarkan melalui ShopeePay Invest oleh iFAST Capital Sdn Bhd dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Sempena pelancaran, ShopeePay turut menganjurkan kempen promosi di mana pengguna yang melanggan unit dana sekurang-kurangnya RM500 dalam mana-mana dana sebelum 1 Disember 2025 dan mengekalkan pelaburan tersebut sehingga 31 Januari 2026 berpeluang memenangi hadiah menarik.

Antara hadiah yang ditawarkan termasuk iPad Pro 11-inci, Apple Watch Siri 10, penyedut hampagas Dyson, atau kredit ShopeePay eWallet bernilai RM50. Pemenang akan diumumkan pada 12 Februari 2026.

Dari segi kelayakan, ShopeePay Invest terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan akaun ShopeePay yang diaktifkan sepenuhnya dan telah disahkan eKYC, serta tiada sebarang kaitan dengan AS.

Cara untuk beli dana

ShopeePay Invest Diperkenalkan – 38 Dana, Pelaburan Serendah RM10
ShopeePay Invest Diperkenalkan – 38 Dana, Pelaburan Serendah RM10

Cara untuk jual dana

ShopeePay Invest Diperkenalkan – 38 Dana, Pelaburan Serendah RM10
ShopeePay Invest Diperkenalkan – 38 Dana, Pelaburan Serendah RM10

Untuk maklumat lanjut mengenai ShopeePay Invest, layari laman rasmi Shopee.

Berkaitan

  • Yuran Komisen Shopee Cecah 15%, Caj Platform RM0.50 - Berkuat Kuasa 16 Julai
  • TikTok Shop Naikkan Yuran Komisen Mulai 13 September
  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY