Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PADU Rafizi_

Sebanyak 5.43 Juta Individu Kemas Kini PADU Setakat 17 Mac

Diterbitkan Mac 18, 2024 oleh Amalina Athman

Sebanyak 5.43 juta individu telah mendaftar dan mengemas kini data PADU, setakat 17 Mac 2024.

Berkaitan

  • Ini Sebabnya Pengguna Disaran Daftar PADU Sebelum April
  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Senarai Kaunter Daftar PADU Seluruh Malaysia
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata sebanyak 4,752 kawasan telah dikenalpasti di seluruh Malaysia, di mana penduduk kawasan tersebut tidak mempunyai sebarang pendaftaran di bawah PADU mahupun apa-apa program bantuan kerajaan yang disediakan sebelum ini.

Seperti diumumkan sebelum ini, pendaftaran dan kemas kini PADU perlu dilakukan sebelum 31 Mac 2024 bagi mengelakkan risiko keciciran.

Mulai 31 Mac dan seterusnya, Rafizi berkata data sedia ada dan telah dikemas kini dalam PADU akan digunakan sebagai panduan untuk merangka dasar serta akan digunakan bagi menentukan kelayakan individu untuk program kerajaan, bantuan dan subsidi.

Sekiranya tidak mendaftar dan mengemas kini PADU, kerajaan hanya akan menggunakan data sedia ada yang didapati dari jabatan-jabatan kerajaan, di mana ia berisiko tidak tepat atau terkini.

Dalam pada itu, pihak kementerian dan pasukan PADU akan menumpukan kepada langkah untuk meningkatkan pendaftaran individu dan isi rumah dalam tempoh dua minggu terakhir ini.

Sumber: Kementerian Ekonomi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna iPhone Dengan iOS Lama Berisiko Digodam, Telegram Mula Hantar Amaran
  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
©2026 WISER.MY