Ini Sebabnya Pengguna Disaran Daftar PADU Sebelum April

Kerajaan hari ini telah melancarkan Pangkalan Data Utama (PADU), sekali gus membolehkan pengguna melakukan pendaftaran dan kemas kini maklumat.

{suggest}

Seperti dimaklumkan, PADU merupakan pangkalan data yang mengandungi profil dan isi rumah warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Sebilangan pengguna mungkin tertanya jika pendaftaran diwajibkan, apakah tujuan dan manfaatnya. Bagi menjawab persoalan, teruskan bacaan selanjutnya.

Apakah tujuan pembangunan PADU?


Ia meningkatkan kecekapan perancangan dasar dan pengagihan sumber, terutama pengagihan subsidi dan bantuan kerajaan yang lebih bersasar kepada rakyat yang benar-benar layak.

Manfaat kemas kini maklumat dalam sistem PADU?


Pengguna boleh membuat semakan dan mengemas kini maklumat secara terus.

Dengan penyediaan pangkalan data yang hampir kepada masa nyata, ia dapat memastikan pengguna yang layak tidak tercicir daripada menerima bantuan atau perlindungan sosial daripada pelbagai inisiatif kerajaan berfokuskan rakyat, seperti subsidi bersasar.

Apakah maklumat yang perlu dikemas kini?


Terdapat 39 item maklumat peribadi yang perlu dikemas kini, sekiranya terdapat sebarang perubahan. Ia terbahagi kepada 8 kategori, termasuk maklumat asas, alamat dan kediaman, pendidikan, isi rumah, pekerjaan, pendapatan, komitmen serta bantuan kerajaan.


Nak kemas kini perlu daftar akaun PADU dulu ke?


Ya. Pengguna perlu mendaftar akaun bagi membolehkan log masuk serta menyemak dan mengemas kini maklumat anda. Semakan dan kemas kini profil boleh dilakukan sehingga 31 Mac 2024.

Kalau tak daftar dan kemas kini boleh ke?


Boleh. Walau bagaimanapun, tindakan ini boleh menyebabkan pengguna berisiko tidak menerima bantuan atau perlindungan sosial sekiranya layak.

Ia berikutan kerajaan akan menggunakan maklumat sedia ada dalam pangkalan data untuk menentukan kelayakan menerima manfaat.

Nak daftar macam mana?


Berikut merupakan dua pilihan pendaftaran:

Subsidi/bantuan/perlindungan dapat automatik ke lepas kemas kini data?


Tidak. Tempoh 3 bulan pengemaskinian maklumat dalam Fasa 1 untuk membolehkan kerajaan memproses data berkenaan bagi menentukan kelayakan individu berdasarkan jenis bantuan kerajaan.

PADU sama ke dengan MyDigital ID?


Tidak. PADU merupakan pangkalan data yang mengandungi profil penduduk warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia, manakala MyDigital ID merupakan pengenalan diri secara digital yang memudahkan individu mengakses dan melaksanakan urusan dalam talian.

Siapa bangunkan PADU?


Ia dibangunkan secara bersama oleh Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) serta Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) dengan kerjasama pelbagai agensi pembekal data.

Untuk ketahui selanjutnya, layari portal rasmi PADU.

Sumber: PADU