Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mulai 2 Januari, Rakyat Malaysia Berumur 18 Tahun Ke Atas Boleh Daftar PADU

Mulai 2 Januari, Rakyat Malaysia Berumur 18 Tahun Ke Atas Boleh Daftar PADU

Diterbitkan Disember 28, 2023 · Dikemas kini Mac 4, 2024 oleh Amalina Athman

Kementerian Ekonomi memaklumkan semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas digalakkan mendaftar dan mengemas kini maklumat ke dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU), bermula 2 Januari 2024.

Berkaitan

  • Permohonan STR 2024 Kini Dibuka, Ini Yang Perlu Diketahui
  • Permohonan Rebat RM2,400 Motosikal Elektrik Dibuka, Ini Yang Perlu Diketahui

Untuk makluman, PADU merupakan sistem yang mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia. Maklumat profil ini akan diperolehi melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber.

Salah satu kepentingan mendaftar PADU adalah untuk memastikan rakyat yang layak tidak tercicir daripada menerima manfaat seperti subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial. Permohonan STR 2024 Kini Dibuka, Ini Yang Perlu Diketahui

Sistem PADU sama ke dengan MyDigital ID?

Tidak. Kementerian Ekonomi menjelaskan PADU merupakan satu pangkalan data yang mengandungi maklumat individu, manakala Identiti Digital Nasional (MyDigital ID) merupakan pengenalan diri secara digital yang memudahkan individu untuk melaksanakan urusan dalam talian.

Buat masa ini, sistem PADU menggunakan pengesahan identiti individu melalui e-KYC sahaja. Pengintegrasian MyDigital ID dengan sistem PADU akan dilaksanakan kelak.

Kemas kini sistem PADU

Bagi membolehkan log masuk serta semakan dan kemas kini maklumat, pengguna (sama ada warganegara atau pemastautin tetap) perlu mendaftar akaun dalam sistem PADU.

Ia boleh dilakukan bermula 2 Januari 2024 dan seterusnya pada bila-bila masa, sekiranya terdapat sebarang perubahan seperti alamat semasa, maklumat pekerjaan dan pendapatan.

Untuk maklumat lanjut, layari portal rasmi di pautan ekonomi.gov.my/padu.

Sumber: Kementerian Ekonomi

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY