4 Produk Baharu Dari Apple Yang Mungkin Dilancarkan Oktober Ini

Apple telah melancarkan siri iPhone 14 pada pertengahan September lepas dengan 4 model baharu diperkenalkan.

Walaupun kita tiada sebarang kepastian akan acara Apple pada Oktober ini, tetapi tidak mustahil akan kedatangannya.

Tetapi berkemungkinan besar Apple tidak hanya berhenti setakat itu sahaja. Berikut merupakan 4 produk Apple yang mungkin dilancarkan pada Oktober ini.

{snap}

iPad 2022




iPad yang terbaru setakat ini adalah iPad 10.2 (2021) yang dilancarkan September tahun lepas. Oleh itu, berkemungkinan besar Apple akan memperkenal iPad yang baharu pada bulan ini.

iPad 2022 dilaporkan mungkin hadir dengan rekaan yang lebih baru dan moden. Dan mungkin buat kali pertamanya hadir dengan sokongan 5G.

iPad Pro 2022 pula dikhabarkan hadir dengan sokongan Apple MagSafe dan mungkin dikuasakan cip M2 yang baharu.

Selain itu, ada beberapa sumber mengatakan iPad Pro 2022 akan menggunakan skrin jenis OLED.

Beli iPad di Shopee

{snap}

Apple TV 4K Baharu




Apple TV 4K yang pertama dilancarkan pada 2021 lepas dan kita mungkin akan melihat model baharu diperkenalkan pada Oktober ini.

Berdasarkan beberapa sumber, Apple TV yang baharu mungkin akan menggunakan nama yang baharu.

Hal ini demikian kerana Apple TV baharu itu menyokong video pada resolusi 8K walaupun pada ketika ini tidak banyak kandungan 8K di luar sana.

Selain itu, Apple TV yang baharu juga akan hadir dengan cip pemprosesan yang lebih pantas dan memori yang lebih besar lagi. Sesuai untuk gaming dan penstriman.

Beli Apple TV 4K di Shopee

{snap}

Mac Dan MacBook Pro Baharu




Terdapat dakwaan yang Mac Pro 2022 baharu sedang berada dalam fasa pembangunan. Oleh itu, berkemungkinan besar kita akan dapat melihat Mac Pro baharu.

Tambahan lagi, Mac Pro yang ada ketika ini dilancarkan pada tahun 2019. Selain Mac Pro, kita juga mungkin akan melihat Mac Mini 2022 yang menggunakan cip M2 berbanding M1 pada pendahulunya.

MacBook Pro (model 14 / 16 inci) mungkin akan hadir dengan rekaan yang sedikit berbeza dan menggunakan cip M2 yang lebih berkuasa.

Beli Apple MacBook Air M1 di Shopee

{snap}

HomePod Baharu




HomePod pembesar suara wayarles yang telah dihentikan pada Mac 2021 lepas.

Walau bagaimanapun, terdapat banyak dakwaan yang menyatakan Apple mungkin akan memperkenalkan semula HomePod 2 baharu.

Tambahan lagi, HomePod yang pertama merupakan antara pembesar suara yang terbaik dipasaran ketika itu.

Sekiranya dakwaan ini benar, kita boleh jangkakan peningkatan dalam kualiti audio dan pengenalan ciri dan sokongan baharu.